Isnin

SEDEKAH SUBUH




ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA 

Hari ni saya nak share satu amalan yang patut kita semua amalkan. Mungkin ada yang sudah amalkan. Tapi ni nak ajak diri sendiri dan sesiapa lagi yang belum amalkan.


Apa itu sedekah subuh bagi yang belum tahu?

Sedekah yang diberikan pada waktu sebaik sahaja matahari terbit atau masuk waktu subuh dan dilaksanakan selepas seseorang itu solat subuh.


Cara sedekah ini dilaksanakan ialah dengan memasukkan sedikit wang ke dalam satu bekas secara istiqomah selama 40 hari.


Jadi, selepas solat subuh, masukkan lah seberapa iklas duit dalam tabung tu secara istiqomah selama 40 hari.




Semoga rezeki kita pun mudah dah dilimpahkan oleh Allah SWT.


Di antara orang yang mendapat doa dari para Malaikat adalah orang yang selalu berinfak ke jalan kebaikan, dan di antara dalil yang menunjukkan hal tersebut adalah:


Imam al – Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah Radiyallahu anhu, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Tidak satu hari pun di mana pada pagi harinya seorang hamba ada padanya melainkan dua Malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berkata: ‘ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak.’ Dan yang lainnya berkata: ‘Ya Allah, hancurkanlah (harta) orang yang kikir.’”


Di antara hal yang biasa kita fahami dari hadis di atas, Nabi kita Rasulullah SAW mengabarkan bahawa sesungguhnya para Malaikat berdoa agar Allah SWT menggantikan harta orang yang berinfak.


Jadi, jom lepas ni sama-sama cari dan sediakan tabung untuk sedekah subuh ni. Bukan untuk kita saja,malah untuk anak-anak kita yang masih kecil pun elok untuk diamalkan dan diterapkan dari kecil.


Seeloknya, cukup 40 hari, agihkan ke tabung masjid atau anak-anak yatim atau beri kepada orang yang memerlukan. Alang-alang kita bersedekah, kita rebut peluang sedekah di waktu yang paling afdal.


MULAKAN HARI DENGAN AMALAN MENJEMPUT REZEKI


Tiada ulasan:

Catat Ulasan