Khamis

10 Cara Merangsang Motivasi Dalam Diri

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA

Ada yang rasa takde mood hari ni..
Mari saya kongsikan beberapa tips untuk meningkatkan motivasi diri di kala gundah dan kurang bertenaga. 

Kata-kata Perangsang Kendiri Setiap Hari

Anda boleh membeli buku khas berkaitan kata-kata perangsang kendiri ataupun mengunkapkan apa-apa sahaja untuk memberi keyakinan kepada diri setiap hari. 

Puji dan sanjunglah diri anda. Jangan asyik memandang rendah dan memperlekeh sahaja. Contohnya anda menyebut kepada diri sendiri: "Saya berasa sungguh hebat dan yakin", "Saya sememangnya seorang yang mengagumkan", atau "Tidak kira apa orang kata, saya seorang yang berdedikasi, berdisiplin dan kuat bekerja."

Membaca Al-Quran Beserta Maksudnya

Al-Quran sarat dengan kata-kata perangsang dan inspirasi. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksudnya, kita seolah-olah sedang berbicara dengan Allah SWT dan pastinya Allah SWT tidak akan pernah menzalimi kita.

Apabila menghayati bacaan Al-Quran, hati kita akan memproses kalimah terbaik yang wujud di dunia. Minda dengan perkataan yang terbaik pasti akan memberikan emosi dan pemikiran yang baik.

Memberi Ganjaran Kepada Diri Sendiri

Setiap kali anda berjaya melakukan perkara yang diingini, berikanlah ganjaran. Tidak kira mahal atau murah, yang penting ia dapat mengganjari kejayaan anda. 

Contohnya, setiap kali anda dapat capai target dalam bisnes, belanjalah diri sendiri baju atau handbag yang memang anda minat selama ini. Ini bukti anda menghargai kejayaan diri sendiri. 

Sempurnakan Tugasan

Jika dibiarkan sesuatu urusan terbengkalai, Ia amat menyeksa keyakinan diri sendiri. Ini bukan bermakna anda tidak boleh menangguhkan kerja, tetapi jangan sampai berasa malu untuk memikirkan perjuangan yang tidak selesai itu. Biarpun sesukar mana caranya, carilah jalan untuk meyempurnakannya. 

Dapatkan Pendapat Atau Komen Daripada Orang Lain 

Untuk keyakinan diri, mintalah daripada orang yang tidak banyak kerenah dan mudah menghargai usaha orang lain. Ini akan dapat meningkatkan rasa diri dan keyakinan.

Namun, jika ingin mendapatkan kritikan dan komen negatif, bertanyalah kepada mereka yang cerewet dan kritikal untuk pendapat mereka.

Sentiasa Mengambil Peluang Untuk Meningkatkan Diri Sendiri

Jika kursus, seminar, bengkel, ceramah dan sebagainya diadakan, cubalah ambil peluang untuk menyertainya. Ini akan meningkatkan rasa diri dan keyakinan terutamanya apabila anda dapat mempelajari sesuatu kemahiran baru dan menyiapkan tugasan dengan kemahiran tersebut. Ia cukup memuaskan jiwa anda. 

Alasan Peribadi Anda Adalah Yang Terbaik

Walau seindah mana sekalipun alasan orang lain supaya anda bermotivasi, namun alasan anda sendiri yang terbaik. Orang lain membuat alasan tanpa benar-benar memahami diri anda. Andalah yang paling layak untuk memotivasikan diri sendiri. Lebih-lebih lagi ketika sedang melaui saat-saat sukar dan genting.

Ramai Orang Sudah Berjaya Melakukannya

Kata-kata ini adalah untuk membuang rasa takut dan bimbang dalam tugasan harian. Membuat perancangan untuk mencapai impian contohnya untuk berjaya dalam perniagaan bukanlah plan hari ni, bulan depan dah capai, tetapi bukankah sudah ramai yang telah berjaya melakukannya? Jika mereka boleh, mengapa tidak kita?
Just Do It! 

Jangan Takut Melakukan Kesilapan

Lakukan sesuatu untuk sentiasa mara kehadapan. Bahkan islam juga menyuruh manusia meningkatkan hidup mereka. Namun demikian, tugas sebagai khalifah di muka bumi jauh lebih tinggi daripada itu. Oleh sebab itu, jangan takut untuk melakukan kesilapan kerana ia proses biasa untuk meningkatkan keupayaan hidup.

Tidak salah jika melakukan kesilapan, tetapi adalah salah apabila tidak belajar daripada kesilapan. Jangan ulangi kesilapan sama, tetapi renunglah kesilapan supaya kita tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali.

Senaraikan Objektif Kejayaan Yang Ingin Di Raih

Tanya kepada diri tentang tujuan sesuatu kejayaan itu ingin di raih. Kenapa anda melakukan perkara tersebut? Kenapa anda bekerja bersungguh-sungguh? Kenapa perlu melakukan kerja lebih masa? Kenapa ia penting untuk kejayaan hidup saya? Tuliskan alasan tersebut dari aspek keluarga, majikan atau diri sendiri. Kemudian bandingkan alasan orang lain dengan alasan peribadi anda. 



Itulah dia 10 cara untuk kita merangsang diri sendiri. Jangan banyak beralasan. teruskan mencipta kejayaan. Jadi, selamat beramal dan jangan lupa berdoa.


TERIMA KASIH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan