Selasa

Kenapa perlu mencuba?



ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA


Hari ni saya nak kongsi sikit motivasi tentang kenapa perlu mencuba.


Kita sering takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Sebab apa? Sebab kita terlalu takut tidak Berjaya dan satu lagi kita tidak yakin dengan diri sendiri. Kurang ilmu pun ye jugak..menyebabkan kita tak Nampak kejayaan yang bakal kita capai nanti.


Tapi, satu je kita kena ingat.. Setiap kejayaan yang datang dan bakal datang adalah bermula dengan sebuah percubaan. Ada ke orang tahu dia akan Berjaya dalam bisnes sebelum dia cuba dulu buat bisnes tu? Takde kan.. Tapi bila kita dah mula buat, akan mula wujud KEYAKINAN DIRI dan KEAZAMAN YANG KUAT untuk mencipta kejayaan dengan perkara yang kita cuba lakukan tu.


Jika kita tidak mahu mencuba, kita tidak akan Berjaya sampai bila-bila. Kerana kejayaan itu hanya akan hadir bagi orang yang mencuba. Dari situlah lahirnya sebuah kejayaan bagi HARAPAN DAN IMPIAN KITA.


Kenapa kadang-kadang kita gagal dalam percubaan?

1.       Kurang ilmu dalam bidang yang ingin kita usahakan sering membuat kita terlalu banyak berfikir benda negatif  berbanding positif. Bila ilmu tak cukup, kita sendiri was-was sebab ilmu yang kita ada tidak boleh menjawab persoalan yang timbul dalam diri kita sendiri. Tu yang jadi tak yakin nak teruskan. 

2.       Kita tak dapat merasai kenikmatan dari kejayaan yang bakal kita kecapi nanti. Kita tak mempunyai rasa ini sebab kita tidak ada perasaan untuk bersungguh-sungguh melakukannya dalam diri kita. 

3.       Kita tidak ada WHY? Dalam diri kita. Kita tidak tahu apa tujuan sebenar kita ingin mencuba sesuatu yang baru. WHY? Yang mungkin jelas matlamatnya. Tujuan kita untuk berubah dan mencuba mesti jelas bagi memastikan kita ada keazaman yang kuat dalam diri untuk mencuba. Tidak ada sesiapa yang dapat mematahkan semangat kita untuk mencuba. Dengan adanya WHY yang jelas, barulah ia dapat dilakukan dengan penuh semangat dan keikhlasan.


Jadi, jangan takut untuk mencuba apa jua perkara baru dalam hidup. Tanamkan keyakinan diri dan keazaman. Percaya dengan diri dan bersungguh-sungguh dalam melakukan perkara yang ingin kita usahakan. Jelaskan matlamat kita. Apa WHY kita. InsyaAllah, kita bakal kecapi kejayaan dalam apa yang kita usahakan nanti.



TERIMA KASIH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan