Khamis

Kenali Tanda-Tanda Penyakit Tibi Atau Batuk Kering Dan Cara Mengatasinya

Penyakit Tibi (Tuberculosis) atau juga disebut batuk kering merupakan sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat. Ia disebabkan oleh kuman mycobacterium tuberculosis yang berwarna merah, halus dan hanya boleh dilihat menggunakan microskop.


Dianggarkan 90 peratus daripada kuman tibi biasanya menyerang paru-paru dikenali sebagai Pulmonary Tuberculosis. Walaubagaimanapun, melalui peredaran darah, ia juga boleh menyerang bahagian lain tubuh badan seperti buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang, otak dan lain-lain.

Penyakit tibi tersebar melalui titisan air di udara. Apabila pesakit tibi batuk, bersin atau bercakap, titisan air yang dicemari kuman tibi akan tersebar. Jika kita bernafas dalam udara itu, kita akan terdedah kepada jangkitan tibi.

Mereka yang berhubung rapat seperti ahli keluarga dan rakan sekerja pesakit tibi lazimnya paling berisiko untuk menghidapinya.

Tanda-Tanda Penyakit Tibi


Jika seseorang itu dijangkiti kuman tibi, tidak semestinya akan sakit. Terdapat dua bentuk keadaan penyakit ini:

Tibi Laten (tidak aktif): Dalam keadaan ini, individu yang dijangkiti tibi tidak akan mendapat sebarang tanda sakit kerana kuman-kuman tibi akan terpendam dan tidak aktif di dalam badan seseorang, mungkin sehingga ke akhir hayat. Namun, ia menjadi aktif apabila sistem imunisasi gagal menghalang mereka daripada membiak di dalam badan.

Tibi Aktif: Individu yang dijangkiti akan mendapat penyakit tibi sebaik sahaja dijangkiti iaitu, sebelum sistem pertahanan badan mereka sempat melawan kuman-kuman tibi. Bagi sesetengah individu lain pula, hanya akan jatuh sakit beberapa tahun kemudian apabila kuman yang dahulunya diam di dalam badan menerima isyarat daripada daya tahan badan yang lemah dan bertindak balas semula.


Tanda Dan Gejala Tibi Aktif


• Batuk berkahak yang berpanjangan lebih dari 3 minggu
• Batuk berdarah
• Sakit dada ketika batuk atau menghela nafas panjang
• Demam
• Berpeluh pada waktu petang atau malam
• Hilang selera makan
• berat badan menyusut
• Mudah letih dan lemah badan


Tibi juga boleh menjejaskan bahagian lain pada badan anda, termasuk buah pinggang, tulang belakang atau otak. Tanda dan gejala berbeza mengikut organ mana yang dijangkiti bakteria tibi. Contohnya jika jangkitan tibi pada tulang belakang, ditandai dengan sakit belakang. Jika jangkitan tibi di buah pinggang, mungkin menyebabkan darah dalam air kencing.

Langkah Pencegahan Tibi


• Bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG.
• Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun.
• Sekiranya batuk berterusan lebih 2 minggu, segeralah berjumpa doktor untuk menguji kahak.
• Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal bersama pesakit tibi hendaklah tampil memjalani pemeriksaan.

Golongan Berisiko Dijangkiti Tibi


• Penduduk miskin yang tinggal di desa atau di bandar-bandar
• Bayi, kanak-kanak dan warga tua
• pembawa HIV/pesakit AIDS
• Mereka yang mengidap penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, buah pinggang
• Pesakit kanser yang sedang jalani rawatan kimoterapi
• Pesakit yang ambil ubat steroid dalam jangka waktu yang lama
• Mereka yang kekurangan nutrisi

Rawatan Tibi


Rawatan asas bagi penyakit tibi adalah dengan pengambilan ubat. Tetapi, merawat tibi mengambil masa yang lama daripada merawat jenis jangkitan bakteria lain. Pesakit tibi mesti mengambil antibiotik sekurang-kurangnya 6 hingga 9 bulan. Jika rawatan diikuti secara tetap, pesakit berkenaan boleh disembuhkan.

Suplemen Untuk Bantu Pesakit Tibi



Untuk melengkapkan rawatan, pesakit boleh mengamalkan pengambilan suplemen tertentu bagi membantu melengkapkan nutrisi agar badan dapat melawan jangkitan bakteria tibi.

Vivix
• Polifenol yang terkandung dalam vivix mempunyai ciri-ciri anti radang yang boleh membantu mengurangkan keradangan dan membersihkan salur pernafasan.
• Membantu meningkatkan sistem imun tubuh seterusnya membantu badan melawan jangkitan tibi.
• Memperbaiki tahap kesihatan pada tahap sel dan DNA.

Nutriferon
Membantu meningkatkan sistem imun badan dengan cara menggalakkan penghasilan interferon semulajadi di dalam badan.

Garlic Complex
Bertindak sebagai antibiotik semulajadi yang membantu badan melawan jangkitan.


Testimoni






Penyakit tibi sangat mudah berjangkit, hanya melalui udara sahaja. Jangan biarkan kuman tibi merebak dan berjangkit dengan orang sekeliling yang anda sayang. Laburkan sedikit wang untuk kesihatan anda dan kegembiraan orang yang anda sayang.


Benarkah Suplemen Dapat Membantu?
Suplemen hanya makanan tambahan, ia bukan ubat. Tetapi tahukah anda, jika tubuh badan tidak menerima nutrisi yang lengkap, ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan. Jadi, salah satu ikhtiar untuk pulih adalah dengan pengambilan suplemen.

Suplemen Shaklee dibangunkan oleh saintis bertaraf dunia. Kajian landmark study juga telah dijalankan. Shaklee juga merupakan suplemen yang digunakan oleh atlit Olympic dan NASA di angkasa lepas.
Jadi, Shaklee bukan calang-calang suplemen.


JAMINAN KAMI
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
Semulajadi
Berkesan

MEMBELI DENGAN SAYA
Saya Normala Tarmizi pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan consultasi percuma kepada para pelanggan saya.

PENGHANTARAN
Penghantaran melalui pos akan diuruskan oleh pihak Shaklee sama ada menggunakan perkhidmatan GDex, City-Link atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank.

Untuk mendapatkan produk Shaklee, anda mempunyai beberapa cara:
  • belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit.
  • belian di cawangan Shaklee terdekat dengan menggunakan (ID: 1243479)
  • hubungi saya di talian WhatsApp 012-2280104 (Normala Tarmizi) untuk sebarang pertanyaan dan order.
www.wasap.my/60122280104

Untuk pembelian vitamin secara online, sila klik esell di sini

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=11a0674eabe73a56fb088d127536a7d5

Pengedar Shaklee Anda
Normala Binti Mat Tarmizi (Mala)
Shaklee ID: 1243479
WhatsApp: 012-2280104
FB Page: Vitaminstory
Personal FB: Normala Tarmizi
Instagram: malamasya 

TERIMA KASIH

Selasa

Rawat Patah Tulang Supaya Cepat Sembuh Dengan Cara Semulajadi

Patah tulang biasanya berlaku disebabkan oleh kecederaan seperti kemalangan, terjatuh atau kecederaan ketika bersukan. Ada juga kes patah tulang disebabkan oleh osteoporosis (tulang rapuh). 

Jika anda mengalami patah tulang, dapatkan rawatan perubatan dengan segera. Setelah mendapatkan rawatan, barulah anda boleh memulakan rawatan pengambilan penawar semulajadi untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan tulang yang patah.


Tulang patah biasanya mengambil masa yang lama untuk pulih kembali. Mungkin memerlukan masa berminggu-minggu malah boleh jadi berbulan-bulan lamanya untuk mengembalikan semula kekuatan tulang seperti sediakala.

Tempoh penyembuhan adalah berbeza bagi setiap individu. Ia bergantung kepada beberapa faktor seperti usia pesakit, kawasan patah berlaku, amalan pemakanan, mengidap penyakit kronik yang mengganggu proses penyembuhan dan lain-lain.


Makanan Untuk Penyembuhan Patah Tulang


1. Makanan yang kaya dengan kalsium

Mineral utama dalam tulang ialah kalsium. Ia diperlukan untuk proses pemulihan dan pertumbuhan semula sel-sel tulang. Jadi, cuba masukkan makanan yang tinggi kalsium ini dalam diet harian anda seperti salmon, brokoli, bayam, badam dan produk tenusu seperti yogurt.

2. Makanan yang kaya dengan vitamin K

Vitamin K berperanan dalam pembekuan darah dan mencegah pendarahan berlebihan. Vitamin ini juga meningkatkan keupayaan badan menyerap dan menggunakan kalsium daripada sumber makanan. Vitamin K terdapat dalam makanan seperti kale, bayam, brokoli, avocado, telur dan tauge.

3. Makanan yang kaya dengan lysine

Lysine merupakan asid amino yang diperlukan untuk metabolisme dan penggunaan protein yang betul, yang merupakan blok binaan untuk pembaikan selular. Ia membantu sel-sel baiki tulang serta boleh menguatkan otot dan ligamen tulang disekitarnya. Antara sumber yang kaya dengan lysine ialah produk tenusu, ikan, kacang merah, kacang kuda, daging lembu dan produk soya.

4. Makanan yang dengan vitamin C

Selain daripada meningkatkan sistem imun badan, vitamin C juga penting untuk penggunaan kalsium yang cekap dan pembaikan tulang. Ia juga membantu menguatkan tisu penghubung dan otot yang memegang tulang semasa proses penyembuhan. Tingkatkan pengambilan makanan seperti tauge, pasli, kacang hijau, mangga, buah-buahan sitrus, beri dan bayam.


Makanan Yang Melemahkan Tulang


Elakkan mengambil makanan berikut kerana ianya melemahkan tulang dan mengganggu proses penyembuhan tulang.

Alkohol – Menggalakkan kehilangan kalsium dalam tulang dan menambahkan keradangan yang tidak menggalakkan penyembuhan.

Garam – Garam mengeluarkan kalsium daripada tulang. Cuba hadkan pengambilan garam kurang daripada 1500mg (kurang daripada ½ sudu teh) sehari.

Gula dan bijirin halus – Menggalakkan penyusutan jisim tulang dan hanya membekalkan sedikit nutrien untuk penyembuhan luka.

Cola dan minuman bergula lain – Kandungan fosforus dalam cola sebenarnya boleh mengeluarkan kalsium dari tulang.

Kafein – Minuman berkafein mengandungi sebatian yang boleh mengikat kalsium dan menghalang kalsium daripada diserap. Ini menghadkan proses penyembuhan.


Cadangan Suplemen Shaklee Untuk Patah Tulang 



Vivix
• Suplemen yang tinggi antioksidan membantu mempercepatkan fasa pemulihan.
• Membantu dalam proses membaiki sel-sel yang telah rosak akibat patah secara menyeluruh. 

Ostematrix
• Mengandungi kalsium, vitamin D dan magnesium.
• Vitamin D membantu penyerapan kalsium ke dalam badan.
• Magnesium membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
• Pengambilan Ostematrix bekalkan kalsium yang diperlukan untuk pembinaan tulang yang kuat.

ESP (Energizing Soy Protein)
• Kaya dengan sumber protein non GMO yang diperlukan tubuh untuk membina semula sel-sel tulang yang rosak.
• Mengandungi kesemua 9 asid amino perlu termasuklah lysine.

Vitalea
• Merupakan multivitamin yang dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 mineral dan vitamin penting yang diperlukan oleh tubuh.
• Mengandungi vitamin K yang diperlukan untuk memperkuatkan osteocalcin iaitu komponen penting protein pada tulang.

Sustained Released Vitamin C
• membekalkan 500mg vitamin C untuk keperluan harian.
• Penting untuk penyembuhan luka dan merangsang penghasilan kolagen, iaitu tisu penyambung di bahagian sendi.

Omega Guard
• Membekalkan asid lemak omega-3 yang dapat membantu mencegah degradasi tulang rawan pada sendi dan memelihara sendi yang cedera disebabkan patah tulang.
• Bertindak sebagai pelincir yang dapat membantu melancarkan pergerakan.

Zinc Plus
Untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan pembinaan tulang.


Testimoni Pengguna Suplemen Shaklee


Ikuti kisah yang dikongsikan oleh saudara Muhammad Faiz Bin Ahmad yang terlibat dalam kemalangan dan telah sembuh dengan cepat dengan pengambilan suplemen Shaklee.


Saya terlibat dalam kemalangan jalan raya awal bulan 3 tahun ni (2015). Semasa tu saya menunggang motosikal. Badan saya tercampak dalam gaung setelah saya cuba mengelak daripada sebuah kereta yang ‘makan’ jalan laluan saya. (Masa tu rasa macam superman plak badan melayang terbang). Akibatnya saya mengalami patah tulang belakang dan juga patah tulang di atas telapak kaki saya.

Menurut doktor, tulang belakang yang patah tu tulang no 2 seperti carta di atas. Doktor cakap, akan ambil masa untuk sembuh dan akan baik dengan sendiri sebab usia saya masih muda lagi baru 23 tahun. Tapi, ambil masa tu berapa lama? Doktor pun tak dapat nak pastikan dan saya pula takkan nak menunggu sahaja tanpa usaha apa-apa..

Sampai bila saya nak berkerusi roda dan terbaring atas katil sahaja tunggu tanpa buat apa-apa. Perlukan usaha juga kan, sebab doktor hanya bagi ubat tahan sakit sahaja. Takkan boleh sembuh dengan ubat tu ja.. Jadi, saya meminta kakak saya yang kebetulan pengedar Shaklee, memberi cadangan suplemen yang mana boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan tulang saya ni.

Jadi, kakak saya cadangkan ESP, Zinc, Ostematrix dan AJHT. Alhamdulillah, selepas mengamalkan suplemen tersebut dengan konsisten selama sebulan tanpa culas, tulang patah yang dialami oleh saya sudah bercantum semula!!! Dengan izinNya jua. Alhamdulillah.. Menakjubkan!!

Doktor pun berkali-kali tengok xray macam tak percaya. Siap tanya dah berapa lama accident ni sehinggakan doktor tu panggil doktor yang dari pemerhatian saya lebih senior dari dia untuk mengesahkannya. Jadi, balutan simen di kaki doktor terus buka dan menyuruh saya menggunakan tongkat pula, sebab katanya tulang baru bercantum dan tak mau bagi tekanan yang kuat sangat keatas kaki saya..

Lagi pula untuk menampung tulang belakang saya, sebab doktor minta untuk teruskan pakai bengkung keras tu sekurangnya selama 6 bulan untuk memastikan tulang tu betul-betul kukuh dan bercantum dengan baik sebab melibatkan tulang belakang takut menekan saraf yang akan beri kesan buruk pada badan saya nanti.

Bulan ke-3 iaitu temujanji ketiga saya dengan doktor, doktor kata bengkung keras yang membalut badan saya tu dah boleh di buka. Katanya tulang saya dah bercantum elok, cuma dalam masa setahun ni saya tidak dibenarkan untuk angkat benda-benda yang berat dan juga menunggang motosikal.

Alhamdulillah, gembira lah saya. Saya dah boleh bergerak dengan bebas tanpa perlu rasa seperti “Iron Man” lagi!! Saya juga tak perlu jumpa dengan doktor lagi dan hanya diberikan ‘open appointment’ sekiranya terjadi apa-apa seperti rasa sakit dan sebagainya.

Alhamdulillah!! Sekarang ni saya masih konsisten mengamalkan Ostematrix dan juga ESP sahaja. Saya perlu mengambil bekalan kalsium secukupnya untuk pastikan tulang saya benar-benar kuat.




Benarkah Suplemen Dapat Membantu?
Suplemen hanya makanan tambahan, ia bukan ubat. Tetapi tahukah anda, jika tubuh badan tidak menerima nutrisi yang lengkap, ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan. Jadi, salah satu ikhtiar untuk pulih adalah dengan pengambilan suplemen.

Suplemen Shaklee dibangunkan oleh saintis bertaraf dunia. Kajian landmark study juga telah dijalankan. Shaklee juga merupakan suplemen yang digunakan oleh atlit Olympic dan NASA di angkasa lepas.
Jadi, Shaklee bukan calang-calang suplemen.

JAMINAN KAMI
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
Semulajadi
Berkesan

MEMBELI DENGAN SAYA
Saya Normala Tarmizi pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan consultasi percuma kepada para pelanggan saya.

PENGHANTARAN
Penghantaran melalui pos akan diuruskan oleh pihak Shaklee sama ada menggunakan perkhidmatan GDex, City-Link atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank.

Untuk mendapatkan produk Shaklee, anda mempunyai beberapa cara:
  • belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit.
  • belian di cawangan Shaklee terdekat dengan menggunakan (ID: 1243479)
  • hubungi saya di talian WhatsApp 012-2280104 (Normala Tarmizi) untuk sebarang pertanyaan dan order.
 

www.wasap.my/60122280104


Untuk pembelian vitamin secara online, sila klik esell di sini


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=74074669ac9dc4f03d28da21ba677c9d

Pengedar Shaklee Anda
Normala Binti Mat Tarmizi (Mala)
Shaklee ID: 1243479
WhatsApp: 012-2280104
FB Page: Vitaminstory
Personal FB: Normala Tarmizi
Instagram: malamasya