Masalah
peranakan jatuh ini tidak berbahaya sehingga mengancam nyawa. Tetapi, jika
dibiarkan tanpa rawatan, masalah ini boleh menjadi lebih teruk sehingga
mengakibatkan rahim terpaksa di buang.
Tanda-Tanda Peranakan Jatuh
Peranakan
jatuh disebabkan oleh ligamen dan otot pada bahagian pelvis(pinggul) menjadi
lemah atau rosak sehingga fungsinya yang menampung organ pada bahagian
berkenaan terjejas.
Untuk kes yang sederhana, sebahagian dari rahim boleh turun ke bahagian atas faraj. Dalam kes yang lebih serius, rahim boleh jatuh keluar ke faraj dan disertai sekali dengan pundi kencing menonjol ke dinding faraj, manakala usus besar menonjol ke arah belakang faraj.
Wanita yang
melahirkan anak yang ramai atau telah melalui proses kehamilan berulang kali
yang panjang dan menyukarkan, lebih
tinggi risiko untuk mengalami peranakan jatuh.
Faktor lain
yang boleh meningkatkan risiko termasuklah obesiti, menopause, sembelit kronik,
batuk kronik, ketumbuhan fibroid, sering mengangkat beban berat, keturunan,
menjalani pembedahan pelvis dan kerosakan atau kecederaan pada saraf tunjang.
Wanita dengan
masalah peranakan jatuh yang sederhana kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang
tanda. Bagi yang di tahap serius, tanda-tanda berikut mungkin dialami oleh
pengidapnya.
1. Rasa tidak
selesa pada bahagian vagina, pelvis, bahagian bawah abdomen, pangkal peha atau
bawah punggung. Rasa tidak selesa itu digambarkan sebagai sensasi menarik atau
sakit. Ia boleh menjadi lebih teruk semasa melakukan hubungan seks atau haid.
2. Rasa berat
atau tekanan di kawasan faraj. Kadangkala terasa seperti ada sesuatu yang akan
jatuh dari faraj.
3.
Tertonjolnya tisu merah jambu lembap dari faraj. Tisu yang terdedah ini mungkin
merengsa dan menyebabkan kegatalan atau luka kecil yang boleh berdarah.
4. Sukar
mengawal kencing sehingga boleh berlaku kebocoran. Keadaan boleh menjadi lebih
teruk jika mengangkat berat, batuk, ketawa atau bersin.
5. kerap
membuang air kecil atau kerap rasa terdorong untuk membuang air kecil.
6. Kerap
mengalami jangkitan saluran kencing kerana pundi kencing tidak dapat
dikosongkan sepenuhnya apabila membuang air kecil.
7. Sembelit
atau rasa tidak puas membuang air besar.
8. Berasa
sakit ketika melakukan hubungan seks, kebocoran air kencing semasa melakukan
hubungan seks atau ketidakupayaan untuk mengalami orgasme.
9. Mengalami
sakit belakang.
10.
Pendarahan haid yang berlebihan.
11. Berlaku
pendarahan atau keputihan yang tidak normal.
Sekiranya
mengalami tanda-tanda diatas, segeralah mendapatkan rawatan doktor untuk
pengesahan dan juga rawatan lanjut. Masalah ini boleh dicegah dari menjadi
lebih kronik jika dirawat dari awal.
Langkah Pencegahan
Kepada wanita
yang berisiko tinggi untuk mengalami masalah ini, disarankan melakukan langkah
pencegahan seperti:
1. Melakukan
senaman kagel.
2.
Mengamalkan pemakanan yang kaya dengan serat untuk mencegah sembelit kronik.
3. Jangan
meneran dengan kuat ketika buang air besar.
4. Elakkan
mengandung yang kerap. Sebaiknya jarakkan kehamilan.
5. Jangan
merokok atau jauhi perokok untuk mencegah batuk kronik.
6. Elakkan
berdiri untuk tempoh yang lama.
Suplemen yang Boleh Membantu Masalah
Peranakan Jatuh
Sebagai alternatif
lain, anda boleh mencuba suplemen Shaklee yang semulajadi beserta dengan kajian
saintifik dan terbukti selamat.
Vivix
Kaya dengan
polifenol dan tinggi antioksidan. Membantu memulihkan sel-sel yang rosak
sehingga ke peringkat DNA. Membantu menyembuhkan luka dengan cepat. Membantu
melancarkan sistem pembuangan dalam usus.
ESP (Energizing Soy Protein)
Merupakan
sumber protein yang kaya dengan 9 jenis asid amino serta vitamin dan mineral
lain. Fungsi protein sangat penting bagi menguatkan lantai rahim dan juga
otot-otot disekelilingnya.
Alfalfa Complex
Alfalfa
sejenis herba yang mengandungi phytoestrogen yang membantu seimbangkan paras
estrogen dalam badan. Penting untuk seimbangkan paras estrogen kerana tisu
pelvis bergantung pada paras estrogen untuk membantu mengekalkan kekuatannya.
Membantu mengecutkan rahim dan mengatasi masalah keputihan.
Vitamin E Complex
Mengandungi 8
jenis vitamin E dan juga Selenium. Ia membantu menguatkan otot-otot dan ligamen
sekitar pelvis dan rahim.
Sayangi tubuh
badan kita. Jagalah organ peranakan kita dengan baik. Jangan tangguhkan untuk
mendapatkan rawatan. Selagi boleh diusahakan, kita cuba elakkan ia dari menjadi
lebih serius.
Benarkah
Suplemen Dapat Membantu?
Suplemen
hanya makanan tambahan, ia bukan ubat. Tetapi tahukah anda, jika tubuh badan
tidak menerima nutrisi yang lengkap, ini boleh mengundang pelbagai masalah
kesihatan. Jadi, salah satu ikhtiar untuk pulih adalah dengan pengambilan
suplemen.
Suplemen
Shaklee dibangunkan oleh saintis bertaraf dunia. Kajian landmark study juga
telah dijalankan. Shaklee juga merupakan suplemen yang digunakan oleh atlit
Olympic dan NASA di angkasa lepas.
Jadi, Shaklee
bukan calang-calang suplemen.
JAMINAN
KAMI
Shaklee
merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
✓
Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
✓
Semulajadi
✓
Berkesan
MEMBELI DENGAN SAYA
Saya Normala
Tarmizi pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan
anda. Hubungi saya agar boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya
juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan consultasi percuma kepada
para pelanggan saya.
PENGHANTARAN
Penghantaran
melalui pos akan diuruskan oleh pihak Shaklee sama ada menggunakan perkhidmatan
GDex, City-Link atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.
PEMBAYARAN
Pembayaran
boleh dibuat melalui akaun Maybank.
Untuk mendapatkan produk Shaklee, anda mempunyai beberapa cara:
- belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit.
- belian di cawangan Shaklee terdekat dengan menggunakan (ID: 1243479)
- hubungi saya di talian WhatsApp 012-2280104 (Normala Tarmizi) untuk sebarang pertanyaan dan order.
Untuk
pembelian vitamin secara online, sila klik esell di sini
TERIMA KASIH
Pengedar Shaklee Anda
Normala Binti Mat Tarmizi (Mala)
Shaklee ID: 1243479
Shaklee ID: 1243479
Personal FB: Normala Tarmizi
Instagram: malamasya
TERIMA KASIH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan