Selasa

Sindrom Carpal Tunnel Dan Cara Bagaimana Mengatasinya

Sindrom Carpal Tunnel adalah satu keadaan di mana berlaku tekanan pada saraf Median (Median Nerve) di pergelangan tangan seseorang.

Carpal Tunnel ialah lorong sempit yang terletak di bahagian telapak pergelangan tangan. Terowong ini melindungi saraf median ke bahagian tangan dan juga sembilan otot tendon yang membengkokkan jari tangan. Tekanan yang dikenakan terhadap saraf median menyebabkan rasa kebas, sakit, kesemutan dan akhirnya tangan menjadi lemah. 


Punca Terjadinya Sindrom Carpal Tunnel 

Ia boleh disebabkan oleh tekanan daripada persekitaran luar tangan atau daripada dalam terowong pergelangan tangan itu sendiri.


Antara faktor yang menambahkan tekanan pada saraf median ini termasuklah:

1. Penyakit seperti rheumatoid arthritis, hipotiroidisme, diabetes dan gout.

2. Melakukan pergerakan tangan yang sama berulang-ulang.

3. Bengkak air yang berkaitan dengan kehamilan dan menopause.

4. Kecederaan pada pergelangan tangan.


Gejala-gejala Sindrom Carpal Tunnel 

1. Merasa kebas di bahagian jari dan tangan. Ia juga boleh melarat hingga ke bahagian lengan. Ia sering berlaku ketika memegang stereng kereta, telefon, surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Untuk mengurangkan simptom, pesakit akan mengoyang-goyangkan tangan mereka.

2. Tangan menjadi lemah menyebabkan pesakit mungkin menghadapi masalah untuk menggunakan sudu, garfu, senduk dan sebagainya jatuh semasa menggunakannya.

3. Hilang keupayaan pada satu jari atau lebih dalam membezakan rasa sejuk atau panas.

4. Rasa sakit pada bahagian sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari. 


Faktor Risiko terjadinya Sindrom Carpal Tunnel 

1. Faktor anatomi – Pergelangan tangan yang patah atau terkehel yang mengubah ruang dalam terowong carpal boleh menyebabkan tekanan luaran pada saraf median. Individu yang memiliki terowong carpal yang lebih kecil mungkin lebih berisiko untuk mengalami Sindrom Carpal Tunnel.

2. Jantina – Sindrom Carpal Tunnel lebih kerap dialami oleh golongan wanita. Ini mungkin kerana kawasan terowong carpal lebih kecil berbanding lelaki.

3. Kerosakan saraf disebabkan penyakit – Penyakit kronik seperti diabetes meningkatkan risiko kerosakan saraf termasuk kerosakan pada saraf median.

4. Radang – Penyakit yang bercirikan keradangan seperti rheumatoid arthritis boleh memberi kesan kepada otot tendon di pergelangan tangan, seterusnya memberi tekanan kepada saraf median.

5. Perubahan dalam imbangan cecair dalam badan – Pembendungan cecair, biasanya berlaku semasa hamil atau menopause, boleh meningkatkan tekanan di dalam terowong carpal anda. Sindrom Carpal Tunnel yang terjadi semasa hamil biasanya akan hilang dengan sendiri selepas kehamilan.

6. Keadaan perubatan lain – Menopause, obesiti, gangguan tiroid dan kegagalan buah pinggang boleh meningkatkan risiko untuk mendapat Sindrom Carpal Tunnel.

7. Faktor tempat kerja – Ada kemungkinan bahawa bekerja dengan alatan yang bergetar atau pada bahagian pemasangan yang memerlukan lenturan pergelangan tangan yang berpanjangan atau berulang-ulang boleh menyebabkan tekanan yang berbahaya pada saraf median. 


Rawatan Dan Pencegahan 

Sindrom Carpal Tunnel boleh dikurangkan dengan cara kerap rehatkan tangan daripada bekerja. Elakkan melakukan aktiviti yang memburukkan lagi gejala dan menggunakan pek sejuk untuk mengurangkan bengkak.

Pesakit juga dinasihatkan supaya menjalani rawatan fisioterapi bagi mengurangkan radang atau kebengkakan di kawasan terlibat.

Jika masih tidak mengurangkan simptom, pilihan rawatan tambahan termasuk ‘wrist splinting’ dan pengambilan ubat-ubatan. Pembedahan mungkin perlu dilakukan apabila splinting atau fisioterapi tidak berjaya atau terdapat ketumbuhan di dalam pergelangan pesakit.

Penggunaan wrist splinting
Kaedah pembedahan

Bagi mereka yang memilih untuk mendapatkan rawatan secara semulajadi, boleh mengamalkan pemakanan tertentu yang dapat membantu mengurangkan sakit akibat keradangan dan meningkatkan kembali fungsi saraf.


1. Buah-buahan dan sayur-sayuran - Tubuh memerlukan nutrien untuk membantu melawan keradangan untuk sembuh. Selain itu, ambil makanan yang kaya dengan potassium boleh mengepam cecair berlebihan dari dalam badan. 



2. Air – 8 oz air setiap 2 jam boleh membantu mengurangkan pembendungan cecair dan melegakan kesakitan.




3. Flax seed atau chia seed – Meningkatkan pengambilan omega-3 boleh membantu mengurangkan keradangan.


4. Makanan tinggi kandungan vitamin B6 – Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan Sindrom Carpal Tunnel. Jadi pastikan anda mengambil sayur-sayuran berdaun hijau, kekacang atau daging dalam diet anda. 


Cadangan Suplemen Yang Boleh Bantu Sindrom Karpal Tunnel


Vivix - Merupakan suplemen antipenuaan yang kaya dengan antioksidan. Ia dapat membantu memperbaiki sel-sel yang rosak, mengurangkan keradangan dan melambatkan perkembangan penyakit itu. 

B-Complex – Mengandungi kesemua jenis vitamin B termasuk asid folik yang sangat penting untuk fungsi saraf. 

OsteMatrix – Mengandungi kalsium dan vitamin D yang boleh mengurangkan tekanan otot. Membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar. 

Omega Guard – mengandungi asid lemak omega-3 yang boleh mengurangkan inflamasi dan keradangan, serta memberi kuasa pelincir kepada sendi.

Testimoni





Benarkah Suplemen Dapat Membantu?

Suplemen hanya makanan tambahan, ia bukan ubat. Tetapi tahukah anda, jika tubuh badan tidak menerima nutrisi yang lengkap, ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan. Jadi, salah satu ikhtiar untuk pulih adalah dengan pengambilan suplemen.

Suplemen Shaklee dibangunkan oleh saintis bertaraf dunia. Kajian landmark study juga telah dijalankan. Shaklee juga merupakan suplemen yang digunakan oleh atlit Olympic dan NASA di angkasa lepas.

Jadi, Shaklee bukan calang-calang suplemen.


JAMINAN KAMI 
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
✓ Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
✓ Semulajadi
✓ Berkesan

MEMBELI DENGAN SAYA 
Saya Normala Tarmizi pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan consultasi percuma kepada para pelanggan saya.

PENGHANTARAN 
Penghantaran melalui pos akan diuruskan oleh pihak Shaklee sama ada menggunakan perkhidmatan GDex, City-Link atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

PEMBAYARAN 
Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank. 

Untuk mendapatkan produk Shaklee, anda mempunyai beberapa cara:
  • belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit.
  • belian di cawangan Shaklee terdekat dengan menggunakan (ID: 1243479)
  • hubungi saya di talian WhatsApp 012-2280104 (Normala Tarmizi) untuk sebarang pertanyaan dan order.
www.wasap.my/60122280104


Untuk pembelian vitamin secara online, sila klik esell di sini

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=a6562b4b35ab5f1fcbcdb871e4f71b11

Pengedar Shaklee Anda
Normala Binti Mat Tarmizi (Mala)
Shaklee ID: 1243479
WhatsApp: 012-2280104
FB Page: Vitaminstory
Personal FB: Normala Tarmizi
Instagram: malamasya

 TERIMA KASIH

Rabu

Kenali Penyakit Bell’s Palsy Dan Cara Mengatasinya

Bell’s Palsy adalah keadaan di mana otot sebelah muka pesakit menjadi lemah atau lumpuh. Keadaan sebelah muka yang kelihatan jatuh adalah disebabkan kerosakan pada saraf muka yang mengawal otot muka. Kerosakan saraf juga boleh menjejaskan deria rasa dan penghasilan air mata dan air liur. Keadaan ini berlaku secara tiba-tiba, boleh datang dalam masa satu hari dan biasanya akan pulih dengan sendirinya tetapi memakan masa yang lama untuk sembuh.


Ramai yang keliru tentang kaitan penyakit Bell’s Palsy dengan angin ahmar atau strok. Sebenarnya, Bell’s Palsy bukan berpunca daripada strok. Walaupun strok boleh menyebabkan bahagian muka menjadi lumpuh, ia tidak ada kaitan antara keduanya. Bell’s Palsy tidak bahaya seperti serangan angin ahmar atau strok. Tetapi ia perlu juga diperiksa segera oleh doktor bagi memastikan ianya bukan disebabkan oleh masalah lain yang lebih serius.

Punca Penyakit Bell’s Palsy

Punca sebenar penyakit Bell’s Palsy adalah tidak jelas. Kebanyakan kes yang terjadi dipercayai disebabkan oleh virus herpes yang menyebabkan cold sores. Saraf yang mengawal otot pada sebelah muka rosak akibat keradangan.

Banyak masalah kesihatan boleh menyebabkan kelemahan atau kelumpuhan pada otot muka. Jika tidak dapat dipastikan, keadaan ini dipanggil Bell’s Palsy.

Simptom-Simptom Penyakit Bell’s Palsy

Beberapa gejala yang boleh dikenalpasti tentang penyakit ini adalah:

● Kelemahan atau kelumpuhan pada sebelah muka secara tiba-tiba menyebabkan ia terasa berat dan seperti jatuh sebelah.

● Air liur kerap meleleh dan pengeluaranya tidak terkawal.

● Mata bermasalah seperti mata berair secara berlebihan atau mata kering menjadi terlalu kering.

● Kehilangan keupayaan untuk merasa.

● Rasa sakit di bahagian telinga atau belakang telinga.

● Terasa kebas pada sisi wajah yang terjejas.

● Kepekaan terhadap bunyi meningkat secara tiba-tiba.


Petua Yang Boleh Diamalkan Oleh Pesakit Bell’s Palsy

● Tuamkan bahagian yang terjejas 2 ke 3 kali sehari.

● Jangan membiarkan diri di bawah kipas yang terlalu laju atau suhu pendingin hawa terlalu sejuk.

● Hentikan atau kurangkan pengambilan minuman yang sejuk atau berais.

● Dinasihatkan untuk tidak melakukan urutan muka kerana bimbang akan memburukkan lagi keadaan.

● Jika ingin menggunakan cecair mata, dapatkan preskripsi dari doktor yang bertauliah. Jangan beli sendiri di farmasi atau kedai.

● Cara pemakanan juga perlu di ubah sementara. Jangan ambil makanan yang terlalu kenyal, melekit atau keras untuk mengelakkan tercekik.

● Jika hampir keseluruhan mulut lumpuh, ambil makanan yang lembut seperti yogurt, puding, kentang lenyek dan sup.

● Ambil makanan yang kaya dengan vitamin B12, B6 dan zink kerana ia akan menggalakkan pemulihan dan pertumbuhan saraf. Contoh sumber makanan vitamin B12 seperti keju, makanan laut, telur dan susu. Sumber vitamin B6 termasuk bayam, lada, tuna, pisang dan brokoli.


Ikhtiar Dengan Vivix Shaklee

Penyakit Bell’s Palsy ini mengambil masa untuk sembuh. Tetapi, kita boleh ikhtiar untuk sembuh lebih cepat daripada hanya menunggu penyakit itu hilang. Sangat disarankan untuk mengambil Vivix Shaklee.

Bayangkan jika anda bangun tidur dan tiba-tiba sebelah muka anda senget dan lumpuh. Keadaan itu berkekalan selama berminggu-minggu atau mungkin berbulan-bulan. Bagaimana anda hendak melakukan aktiviti harian seperti bekerja, mengurus rumahtangga dan anak-anak? Sedikit sebanyak pasti akan merasa rendah diri bila berhadapan dengan orang lain.


Kisah puan Faiza Suhada yang pernah mengalami Penyakit Bell’s Palsy


"2 OKTOBER 2015
 
Saya bangun pagi, sebelah muka dah jatuh.
Tak boleh senyum, mata tak dapat tutup, air mata mengalir macam menangis.
Sakit, rasa tegang je.

Doktor sahkan saya diserang Bell’s Palsy. Bukan strok, tapi kelemahan sebelah otot muka. Saya diberi steroid.

Punca tidak diketahui.

Tapi mungkin sebab saya menyusukan anak dan baru lepas bersalin. Saya tidak mengambil steroid lagi selepas itu.

Saya amalkan suplemen Shaklee:
Vivix
Omega Guard
B-Complex
Vitamin E

Saya juga menjalani fisioterapi.

Alhamdulillah, selepas 90 hari, saya diberi kesempatan SENYUM kembali.”

-Puan faiza Suhada-

Kini Puan Faiza Suhada telah pulih sepenuhnya. Alhamdulillah berkat usaha beliau menjalani fisioterapi dan ikhtiar dengan mengamalkan vitamin Shaklee.



Vivix

Merupakan minuman kesihatan yang dihasilkan daripada anggur muscadine, elderberi, polyganum caspidatum dan purple carrot. Gabungan tumbuhan ini menghasilkan satu ramuan yang sangat lengkap dan bagus untuk membantu memperbaiki sel DNA yang sering terdedah kepada serangan radikal bebas.

Ia membantu mempertingkatkan antibodi dan mempercepatkan penyembuhan penyakit Bell's Palsy.

Omega Guard

Membantu mengurangkan keradangan di sistem saraf yang mengganggu fungsi saraf pesakit.

B-Complex

Membantu dalam meningkatkan keupayaan sistem saraf. Ini kerana dalam B-Complex ada kandungan vitamin B1,B6 dan B12 yang penting untuk pembentukan myelin iaitu protein yang terbentuk di sekeliling sel saraf.

Vitamin E

Membantu melancarkan peredaran darah. Vitamin E tinggi antioksidan yang mampu membantu melancarkan peredaran darah dan membantu penghantaran oksigen secukupnya di bahagian saraf yang kebas.


Benarkah Suplemen Dapat Membantu?

Suplemen hanya makanan tambahan, ia bukan ubat. Tetapi tahukah anda, jika tubuh badan tidak menerima nutrisi yang lengkap, ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan. Jadi, salah satu ikhtiar untuk pulih adalah dengan pengambilan suplemen.

Suplemen Shaklee dibangunkan oleh saintis bertaraf dunia. Kajian landmark study juga telah dijalankan. Shaklee juga merupakan suplemen yang digunakan oleh atlit Olympic dan NASA di angkasa lepas.
Jadi, Shaklee bukan calang-calang suplemen.


JAMINAN KAMI
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
✓ Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
✓ Semulajadi
✓ Berkesan

MEMBELI DENGAN SAYA
Saya Normala Tarmizi pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan consultasi percuma kepada para pelanggan saya.

PENGHANTARAN
Penghantaran melalui pos akan diuruskan oleh pihak Shaklee sama ada menggunakan perkhidmatan GDex, City-Link atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank.


Untuk mendapatkan produk Shaklee, anda mempunyai beberapa cara:
  • belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit.
  • belian di cawangan Shaklee terdekat dengan menggunakan (ID: 1243479)
  • hubungi saya di talian WhatsApp 012-2280104 (Normala Tarmizi) untuk sebarang pertanyaan dan order.
www.wasap.my/60122280104
 Untuk pembelian vitamin secara online, sila klik esell di sini

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=92f8f0e78d438a0d33f78b0d08b9ee8c

Pengedar Shaklee Anda
Normala Binti Mat Tarmizi (Mala)
Shaklee ID: 1243479
WhatsApp: 012-2280104
FB Page: Vitaminstory
Personal FB: Normala Tarmizi
Instagram: malamasya

 TERIMA KASIH

Selasa

Cara Merawat Sopak Atau Vitiligo Secara Semulajadi


Sopak dalam istilah perubatannya dipanggil vitiligo adalah masalah yang disebabkan oleh gangguan pada penghasilan pigmen di kulit. Warna kulit yang gelap adalah disebabkan penghasilan pigmen yang dipanggil sebagai melanin. Ia dihasilkan oleh sel pada kulit iaitu sel melanocyte.


Dalam penyakit sopak, fungsi melanocyte dalam penghasilan melanin terganggu. Ini adalah sejenis penyakit autoimun di mana sistem imun pesakit itu sendiri menyerang sel-sel melanocyte. Kawasan kulit yang tidak boleh menghasilkan melanin akan menjadi putih dan bertompok. Masalah inilah yang dipanggil sebagai sopak.

Vitiligo adalah masalah kulit jangkamasa panjang. Tompok putih yang terbentuk akan merebak pada bahagian tertentu kulit. Ia juga boleh terjadi di kawasan yang mempunyai rambut atau bulu seperti kening dan bulu roma. Rambut dan bulu tersebut juga akan bertukar menjadi putih.


Punca Penyakit Sopak

Punca sebenar sopak masih belum dapat dikenalpasti. Tetapi dalam kebanyakan kajian, sopak dipercayai disebabkan oleh:

• Masalah autoimun – sistem imun pesakit menjadi terlalu aktif dan memusnahkan sel-sel melanocyte.
• Ketidakseimbangan tekanan genetic oxidative
• Stress / tekanan
• Kesan terdedah kepada cahaya matahari untuk jangkamasa yang lama
• Pendedahan kepada bahan kimia
• Punca neural
• Keturunan (genetik)
• Berpunca daripada virus

Walaubagaimanapun, penyakit ini tidak berjangkit. Purata umur yang mempunyai masalah ini adalah pada umur 20 tahun.

Tanda-tanda Penyakit Sopak

Tanda yang paling jelas untuk mengesan sopak ini adalah kemunculan tompok putih pada kulit. Kebiasaannya, bahagian kulit yang bertompok putih itu menjadi ketara di kawasan badan yang terdedah dengan cahaya matahari.
Pada permulaan, sopak terbentuk seperti kawasan putih yang pucat sedikit daripada kawasan kulit yang lain. Kemudian secara beransur-ansur, tempat ini akan menjadi lebih pucat sehingga ia menjadi putih. Bentuk tompok putih ini adalah tidak sekata dan ia semakin membesar dari masa ke semasa.

Tips Merawat Sopak Secara Semulajadi

1. Menggunakan betik

Betik membantu memulihkan sel-sel melanocyte yang menghasilkan melanin kulit. Caranya, sapukan sepotong betik pada tompokan putih. Biarkan kering kemudian sapu semula beberapa kali. Biarkan jus betik meresap pada kulit. Juga digalakkan minum jus betik setiap hari untuk merawat dari dalam.

2. Menggunakan red clay bersama jus halia


Red clay atau tanah liat berwarna merah mengandungi kuprum yang sangat berkesan memberi warna asal kulit. Jus halia pula merangsang dan meningkatkan pengaliran darah ke bahagian yang bertompok putih. Penggunaan secara berterusan mampu memperbaiki struktur warna kawasan terjejas. Caranya, campurkan 2 sudu besar red clay bersama 1 sudu besar jus halia. Sapukan campuran tersebut pada tompokan putih setiap hari.

3. Menggunakan duckweed bersama madu


Duckweed adalah tumbuhan air yang biasa ditemui dipermukaan air tasik atau kolam. Ia kaya dengan bahan seperti flavonoid, polysaccharides, lignan, tannin, vitamin B, B2, vitamin C dan asid lemak tidak tepu. Tumbuhan ini sangat terkenal dalam perubatan tradisional cina. Caranya, kisar duckweed dan campurkan dengan 1 sudu besar madu. Sapukan pada bahagian yang terjejas.

4. Menggunakan kunyit bersama minyak mustad


Kunyit adalah bahan semulajadi yang bersifat anti radang. Mustad oil pula membantu mengembangkan salur darah dan meningkatkan peredaran darah pada bahagian kulit yang terjejas. Kombinasi kedua-duanya mampu memperbaiki sel-sel melanocyte di kawasan yang terjejas. Caranya, buat campuran pes daripada serbuk kunyit dan mustad oil.

5. Menggunakan goosefoot


Goosefoot adalah sejenis tumbuhan herba yang dikatergorikan sebagai tumbuhan ubatan. Ianya kaya dengan asid folik, mineral, vitamin serta kaya dengan protein. Ambil sayuran ini sebagai makanan harian dan ekstrak jusnya untuk disapukan dibahagian terjejas sebanyak 3 kali sehari.

Suplemen Terbaik Yang Mampu Merawat Sopak


Vivix

Vivix Shaklee ialah sejenis minuman campuran dari sumber botani. Vivix mengandungi campuran unik dari tumbuhan Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderbery Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Vivix kaya dengan antioksidan dan resveratrol. Resveratrol adalah bahan yang membantu mengaktifkan SIRT1 yang berkait rapat dengan pigmentasi kulit. Vivix ini adalah revolusi rawatan di peringkat sel. Ia merawat dengan cara memulihkan sel-sel melanocyte yang menghasilksn pigmen melanosom yang memberi warna asal kulit kita.

Nutriferon

Untuk kes vitiligo ini, sistem imun tubuh telah bertindak luar kawal dengan menyerang sel-sel melanocyte tubuh pesakit itu sendiri. Kulit kita sendiri adalah mekanisma utama dalam pertahanan tubuh. Nutriferon bertindak dengan meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan sekaligus bertindak memantapkan kembali sistem tubuh kita. Nutriferon adalah satu formula eksklusif yang telah dipatenkan oleh Shaklee dan hanya boleh didapati melalui pengedar Shaklee yang sah.

ESP (Energizing Soy Protein)

Ramuan utama ESP adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melanvarkan peredaran darah, detox bahan buangan sel dan lain-lain. ESP membekalkan protein yang secukupnya untuk pembentukan sel-sel baru. Selain itu soya itu sendiri bersifat mencegah pigmentasi yang menjadi masalah utama pesakit sopak.

Vitamin C

Kandungan antioksidan yang tinggi dalam vitamin C membantu untuk penghasilan kolagen iaitu komponen protein utama dalam kulit. Pesakit vitiligo adalah sensitive kepada cahaya UV. Vitamin C berupaya menghalang dan merawat kerosakan yang disebabkan oleh UV. Istimewanya vitamin C Shaklee berbanding vitamin C dipasaran ialah sustained released. Satu-satunya vitamin C yang mempunyai kajian tentang sustained released.

B-Complex

B-Complex penting untuk pembentukan sel-sel darah. Bekalan sel darah yang mencukupi membantu penyembuhan kawasan kulit yang terjejas. B-Complex itu sendiri membantu dalam mencegah pigmentasi kulit. Ini dapat mencegah sopak daripada terus merebak.

Testimoni


 
Benarkah Suplemen Dapat Membantu?

Suplemen hanya makanan tambahan, ia bukan ubat. Tetapi tahuka anda, jika tubuh badan tidak menerima nutrisi yang lengkap, ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan. Jadi, salah satu ikhtiar untuk pulih adalah dengan pengambilan suplemen.

Suplemen Shaklee dibangunkan oleh saintis bertaraf dunia. Kajian landmark study juga telah dijalankan. Shaklee juga merupakan suplemen yang digunakan oleh atlit Olympic dan NASA di angkasa lepas.
Jadi, Shaklee bukan calang-calang suplemen.


JAMINAN KAMI
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
✓ Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
✓ Semulajadi
✓ Berkesan

MEMBELI DENGAN SAYA
Saya Normala Tarmizi pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan consultasi percuma kepada para pelangan saya.

PENGHANTARAN
Penghantaran melalui pos akan diuruskan oleh pihak Shaklee sama ada menggunakan perkhidmatan GDex, City-Link atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank.


Untuk mendapatkan produk Shaklee, anda mempunyai beberapa cara:
  • belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit.
  • belian di cawangan Shaklee terdekat dengan menggunakan (ID: 1243479)
  • hubungi saya di talian WhatsApp 012-2280104 (Normala Tarmizi) untuk sebarang pertanyaan dan order.


 Untuk pembelian vitamin secara online, sila klik esell di sini

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7b10a219afad0ca706d67c42a787f487

Pengedar Shaklee Anda
Normala Binti Mat Tarmizi (Mala)
Shaklee ID: 1243479
WhatsApp: 012-2280104
FB Page: Vitaminstory
Personal FB: Normala Tarmizi
Instagram: malamasya

 TERIMA KASIH