Selasa

Sindrom Carpal Tunnel Dan Cara Bagaimana Mengatasinya

Sindrom Carpal Tunnel adalah satu keadaan di mana berlaku tekanan pada saraf Median (Median Nerve) di pergelangan tangan seseorang.

Carpal Tunnel ialah lorong sempit yang terletak di bahagian telapak pergelangan tangan. Terowong ini melindungi saraf median ke bahagian tangan dan juga sembilan otot tendon yang membengkokkan jari tangan. Tekanan yang dikenakan terhadap saraf median menyebabkan rasa kebas, sakit, kesemutan dan akhirnya tangan menjadi lemah. 


Punca Terjadinya Sindrom Carpal Tunnel 

Ia boleh disebabkan oleh tekanan daripada persekitaran luar tangan atau daripada dalam terowong pergelangan tangan itu sendiri.


Antara faktor yang menambahkan tekanan pada saraf median ini termasuklah:

1. Penyakit seperti rheumatoid arthritis, hipotiroidisme, diabetes dan gout.

2. Melakukan pergerakan tangan yang sama berulang-ulang.

3. Bengkak air yang berkaitan dengan kehamilan dan menopause.

4. Kecederaan pada pergelangan tangan.


Gejala-gejala Sindrom Carpal Tunnel 

1. Merasa kebas di bahagian jari dan tangan. Ia juga boleh melarat hingga ke bahagian lengan. Ia sering berlaku ketika memegang stereng kereta, telefon, surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Untuk mengurangkan simptom, pesakit akan mengoyang-goyangkan tangan mereka.

2. Tangan menjadi lemah menyebabkan pesakit mungkin menghadapi masalah untuk menggunakan sudu, garfu, senduk dan sebagainya jatuh semasa menggunakannya.

3. Hilang keupayaan pada satu jari atau lebih dalam membezakan rasa sejuk atau panas.

4. Rasa sakit pada bahagian sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari. 


Faktor Risiko terjadinya Sindrom Carpal Tunnel 

1. Faktor anatomi – Pergelangan tangan yang patah atau terkehel yang mengubah ruang dalam terowong carpal boleh menyebabkan tekanan luaran pada saraf median. Individu yang memiliki terowong carpal yang lebih kecil mungkin lebih berisiko untuk mengalami Sindrom Carpal Tunnel.

2. Jantina – Sindrom Carpal Tunnel lebih kerap dialami oleh golongan wanita. Ini mungkin kerana kawasan terowong carpal lebih kecil berbanding lelaki.

3. Kerosakan saraf disebabkan penyakit – Penyakit kronik seperti diabetes meningkatkan risiko kerosakan saraf termasuk kerosakan pada saraf median.

4. Radang – Penyakit yang bercirikan keradangan seperti rheumatoid arthritis boleh memberi kesan kepada otot tendon di pergelangan tangan, seterusnya memberi tekanan kepada saraf median.

5. Perubahan dalam imbangan cecair dalam badan – Pembendungan cecair, biasanya berlaku semasa hamil atau menopause, boleh meningkatkan tekanan di dalam terowong carpal anda. Sindrom Carpal Tunnel yang terjadi semasa hamil biasanya akan hilang dengan sendiri selepas kehamilan.

6. Keadaan perubatan lain – Menopause, obesiti, gangguan tiroid dan kegagalan buah pinggang boleh meningkatkan risiko untuk mendapat Sindrom Carpal Tunnel.

7. Faktor tempat kerja – Ada kemungkinan bahawa bekerja dengan alatan yang bergetar atau pada bahagian pemasangan yang memerlukan lenturan pergelangan tangan yang berpanjangan atau berulang-ulang boleh menyebabkan tekanan yang berbahaya pada saraf median. 


Rawatan Dan Pencegahan 

Sindrom Carpal Tunnel boleh dikurangkan dengan cara kerap rehatkan tangan daripada bekerja. Elakkan melakukan aktiviti yang memburukkan lagi gejala dan menggunakan pek sejuk untuk mengurangkan bengkak.

Pesakit juga dinasihatkan supaya menjalani rawatan fisioterapi bagi mengurangkan radang atau kebengkakan di kawasan terlibat.

Jika masih tidak mengurangkan simptom, pilihan rawatan tambahan termasuk ‘wrist splinting’ dan pengambilan ubat-ubatan. Pembedahan mungkin perlu dilakukan apabila splinting atau fisioterapi tidak berjaya atau terdapat ketumbuhan di dalam pergelangan pesakit.

Penggunaan wrist splinting
Kaedah pembedahan

Bagi mereka yang memilih untuk mendapatkan rawatan secara semulajadi, boleh mengamalkan pemakanan tertentu yang dapat membantu mengurangkan sakit akibat keradangan dan meningkatkan kembali fungsi saraf.


1. Buah-buahan dan sayur-sayuran - Tubuh memerlukan nutrien untuk membantu melawan keradangan untuk sembuh. Selain itu, ambil makanan yang kaya dengan potassium boleh mengepam cecair berlebihan dari dalam badan. 



2. Air – 8 oz air setiap 2 jam boleh membantu mengurangkan pembendungan cecair dan melegakan kesakitan.




3. Flax seed atau chia seed – Meningkatkan pengambilan omega-3 boleh membantu mengurangkan keradangan.


4. Makanan tinggi kandungan vitamin B6 – Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan Sindrom Carpal Tunnel. Jadi pastikan anda mengambil sayur-sayuran berdaun hijau, kekacang atau daging dalam diet anda. 


Cadangan Suplemen Yang Boleh Bantu Sindrom Karpal Tunnel


Vivix - Merupakan suplemen antipenuaan yang kaya dengan antioksidan. Ia dapat membantu memperbaiki sel-sel yang rosak, mengurangkan keradangan dan melambatkan perkembangan penyakit itu. 

B-Complex – Mengandungi kesemua jenis vitamin B termasuk asid folik yang sangat penting untuk fungsi saraf. 

OsteMatrix – Mengandungi kalsium dan vitamin D yang boleh mengurangkan tekanan otot. Membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar. 

Omega Guard – mengandungi asid lemak omega-3 yang boleh mengurangkan inflamasi dan keradangan, serta memberi kuasa pelincir kepada sendi.

Testimoni





Benarkah Suplemen Dapat Membantu?

Suplemen hanya makanan tambahan, ia bukan ubat. Tetapi tahukah anda, jika tubuh badan tidak menerima nutrisi yang lengkap, ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan. Jadi, salah satu ikhtiar untuk pulih adalah dengan pengambilan suplemen.

Suplemen Shaklee dibangunkan oleh saintis bertaraf dunia. Kajian landmark study juga telah dijalankan. Shaklee juga merupakan suplemen yang digunakan oleh atlit Olympic dan NASA di angkasa lepas.

Jadi, Shaklee bukan calang-calang suplemen.


JAMINAN KAMI 
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
✓ Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
✓ Semulajadi
✓ Berkesan

MEMBELI DENGAN SAYA 
Saya Normala Tarmizi pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan consultasi percuma kepada para pelanggan saya.

PENGHANTARAN 
Penghantaran melalui pos akan diuruskan oleh pihak Shaklee sama ada menggunakan perkhidmatan GDex, City-Link atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

PEMBAYARAN 
Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank. 

Untuk mendapatkan produk Shaklee, anda mempunyai beberapa cara:
  • belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit.
  • belian di cawangan Shaklee terdekat dengan menggunakan (ID: 1243479)
  • hubungi saya di talian WhatsApp 012-2280104 (Normala Tarmizi) untuk sebarang pertanyaan dan order.
www.wasap.my/60122280104


Untuk pembelian vitamin secara online, sila klik esell di sini

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=a6562b4b35ab5f1fcbcdb871e4f71b11

Pengedar Shaklee Anda
Normala Binti Mat Tarmizi (Mala)
Shaklee ID: 1243479
WhatsApp: 012-2280104
FB Page: Vitaminstory
Personal FB: Normala Tarmizi
Instagram: malamasya

 TERIMA KASIH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan