Rabu

Atasi Asma Tanpa Ubat

Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.
Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.


Read more http://www.celikvitamin.com/blog/asma-asthma-bagaimana-omega-3-membantu-mencegah-mengurangkan-serangan-bagi-yg-menghidapinya/
Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.

Read more http://www.celikvitamin.com/blog/asma-asthma-bagaimana-omega-3-membantu-mencegah-mengurangkan-serangan-bagi-yg-menghidapinya/
Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.

Read more http://www.celikvitamin.com/blog/asma-asthma-bagaimana-omega-3-membantu-mencegah-mengurangkan-serangan-bagi-yg-menghidapinya/
Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.

Read more http://www.celikvitamin.com/blog/asma-asthma-bagaimana-omega-3-membantu-mencegah-mengurangkan-serangan-bagi-yg-menghidapinya/
Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.
Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.


Read more http://www.celikvitamin.com/blog/asma-asthma-bagaimana-omega-3-membantu-mencegah-mengurangkan-serangan-bagi-yg-menghidapinya/
Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.
Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.


Read more http://www.celikvitamin.com/blog/asma-asthma-bagaimana-omega-3-membantu-mencegah-mengurangkan-serangan-bagi-yg-menghidapinya/
Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.
Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.


Read more http://www.celikvitamin.com/blog/asma-asthma-bagaimana-omega-3-membantu-mencegah-mengurangkan-serangan-bagi-yg-menghidapinya/
ASMA atau juga dikenali sebagai lelah atau bahasa saintifiknya 'Bronchiol asthma' bererti seseorang itu mengidap penyakit di mana salur-salur pernafasannya akan mengecil ketika asma menyerang. Inilah yang menyebabkan seseorang itu sukar bernafas dan nafasnya akan berbunyi.

Bahagian dalam dinding saluran pernafasan membengkak ataupun mengalami keradangan. Ini membuatkan saluran udara sangat sensitif kepada kegatalan dan meningkatkan kecenderungan untuk bertindak balas dengan alahan.



Bagaimana Asma Boleh Terjadi?

Apabila keradangan berlaku menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit, udara yang masuk adalah kurang untuk ke paru-paru ataupun keluar dari paru-paru. Saluran yang sempit itu menyebabkan ada bunyi seperti berdehit (seolah-olah bunyi berdesir ketika bernafas ataupun tidur), kesesakan dada, masalah pernafasan dan batuk. Pesakit asma biasanya mengalami gejala-gejala yang paling kerap pada waktu malam dan awal pagi kerana cuaca ataupun udara yang sejuk.


Punca Utama Terjadinya Asma
  • Alergik (terdedah kepada bulu-bulu seperti kucing atau anjing, hama, kulat dan lipas).
  • Asap daripada tembakau iaitu perokok mempunyai risiko sangat tinggi untuk mendapat penyakit asma.
  • Faktor Persekitaran (terdedah dengan persekitaran seperti asap kenderaan, debunga ataupun bahan kimia yang tinggi di dalam rumah juga).
  • Obesiti.
  • Mengandung.
  • Faktor ginetik.
  • Tekanan perasaan.
Bagi yang mengidap asma yang teruk memang terpaksa bergantung kepada inhaler untuk membantu di saat sesak. Kerana mereka yang mengidap asma yang kritikal boleh mendapat serangan asma secara tiba-tiba tidak kira masa ataupun tempat. Malah ketika bercakap pun boleh sesak nafas.



Antara Suplemen Yang Dicadangkan Untuk Atasi Asma

VIVIX


Anti oksida yang sangat tinggi.
memberbaiki semua sel-sel hingga ke DNA untuk berada dalam keadaan sihat dan normal.


OMEGA GUARD 

Omega guard membantu meningkatkan sistem imun, menyihatkan dan menguatkan paru-paru, membaiki alahan kulit, dan penyakit lelah.
Omega Guard mengandungi Asid lemak Omega-3. Penyelidik mencadangkan sokongan nutrisi yang mengandungi asid lemak omega-3 adalah selamat dan praktikal untuk merawat masalah berkaitan peparu dan pernafasan.

VITAMIN C


Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

NUTRIFERON
  • Meningkatkan sistem imun dalam masa 3 hari.
  • Interferon mampu merangsang dan meningkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh.
  • Melindungi dari influenza.
  • Melindungi dengan berkesan daripada virus, microb termasuk selsema, flu, alergi dan influenza.
  • Meringankan stress dan kelesuan.
  • Meringankan kemudaratan yang disebabkan keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup sibuk.

TESTIMONI






Terbukti secara klinikal SELAMAT, BERKESAN DAN 100% SEMULAJADI. Bagi ahli keluarga, anak-anak yang kerap demam, jatuh sakit dan juga selsema bolehlah mencuba kebaikan Nutriferon Shaklee yang sememangnya meningkatkan kembali imuniti tubuh kita.

Disclamer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnose, merawat, menyembuh atau mencegah penyakit tertentu. Tetapi produk nutrisi yang membantu badan melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan seterusnya membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik.

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh WhatsApp Mala 012-2280104 sekarang dan anda boleh rasakan sendiri kebaikannya..

Atau…

Walk-in terus ke Cawangan Shaklee yang berdekatan dengan menggunakan ID saya: 1243479 [Normala Mat Tarmizi]

www.wasap.my/60122280104

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=0596089e9be0ee3b14f5ef3f0d189617


Pengedar Shaklee Anda

Normala Binti Mat Tarmizi (Mala)

WhatsApp: 012-2280104

Personal FB: Normala Tarmizi

Instagram: malamasya



TERIMA KASIH

Kencing Tikus : Antara Faktor, Tanda, Rawatan & Langkah Pencegahan

Penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut.

Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus. Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.


Faktor Risiko Terkena Penyakit Kencing Tikus
  • Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas – Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
  • Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
  • Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
  • Terdedah di tempat yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya, apabila terkena kulit yang luka, masuk ke dalam mata, hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.


Tanda/Gejala Penyakit Kencing Tikus
  • Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
  • Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
  • Batuk tidak berkahak.
  • Loya, muntah dan cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut.
  • Radang selaput mata.
  • Pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada peparu atau ruam.


Rawatan:

Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

Cara Mengatasi Penyakit Kencing Tikus
  • Elakkan berkunjung ke kawasan yang ada air bertakung.
  • Jika terdedah dan berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit. Jika anda terkena simpton virus ini, sila ke hospital dengan segera.
  • Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari.
  • Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
  • Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka.
  • Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dan sebagainya.
  • Menjaga kebersihan sekeliling, sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus di kawasan sekeliling terutama rumah anda, membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari.

Tingkatkan Sistem Imun Tubuh Dengan Nutrisi Suplemen

Anda juga boleh mencuba suplemen Shaklee bagi meningkatkan sistem imunisasi dan membantu tubuh untuk melawan jangkitan bakteria berbahaya.



VIVIX
Membantu meningkatkan imun sistem tubuh.
Menggalakkan kesihatan menyeluruh.
Membaikpulih dan memelihara DNA tubuh untuk memastikan sistem tubuh dapat berfungsi dengan baik.


NUTRIFERON
Penggalak sistem imun @ immune booster yang sangat hebat dan berkesan.
Ia akan mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan menggerakkan “pasukan cari dan musnah” dalam sistem imuniti badan.


VITAMIN C
Meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
Membersihkan salur darah.
Melawan bakteria.


TESTIMONI





Disclamer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnose, merawat, menyembuh atau mencegah penyakit tertentu. Tetapi produk nutrisi yang membantu badan melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan seterusnya membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik.

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh WhatsApp Mala 012-2280104 sekarang dan anda boleh rasakan sendiri kebaikannya..

Atau…

Walk-in terus ke Cawangan Shaklee yang berdekatan dengan menggunakan ID saya: 1243479 [Normala Mat Tarmizi]
www.wasap.my/60122280104

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=a84445084a25a4d6458473001bb17ecf


Pengedar Shaklee Anda

Normala Binti Mat Tarmizi (Mala)

WhatsApp: 012-2280104

Personal FB: Normala Tarmizi

Instagram: malamasya



TERIMA KASIH

Selasa

10 Info Penting Semasa Nifas Dan Berpantang


Penjagaan kesihatan semasa dalam nifas atau berpantang mungkin menjadi sesuatu yang menyeksakan, serba serbi kena pantang demi untuk segera sembuh.
 
Namun dalam keadaan badan yang tidak begitu sihat, lemah dan kurang tidur menyebabkan kesihatan fizikal dan emosi anda terganggu. Oleh itu, anda seharusnya tahu beberapa info yang mungkin anda alami semasa dalam pantang.



Berikut perkara yang biasa berlaku semasa nifas yang perlu anda ketahui. 

Mudah Mendapat Jangkitan 

Sewaktu dalam nifas, suhu badan anda mungkin mengalami peningkatan atau anda mungkin mengalami kesakitan. Demam semasa nifas menunjukkan adanya jangkitan yang sering berlaku pada saluran peranakan. Susu badan tidak keluar terutama pada hari ketiga atau keempat boleh menyebabkan demam disertai payudara membengkak dan mengalami kesakitan. Demam ini biasanya akan sembuh selepas 24 jam. 


Kejang Di Bahagian Perut 

Wanita yang pertama kali melahirkan akan mengalami pengecutan rahim dan cenderung kepada kelesuan selain timbulnya kesakitan perut atau kekejangan perut. Tambahan pula jika terdapat darah beku di dalam rahim. Kadangkala kesakitan ini menyebabkan si ibu mengalami kesakitan yang kuat dan memerlukan ubat meredakannya. Kesakitan perut juga dapat dirasai ketika bayi menyusu badan. Kesakitan ini akan hilang dengan sendirinya.

Sisa Plasenta
 
Darah nifas adalah lapisan rahim selepas bersalin. Keadaan ini sama seperti anda mengalami haid. Pada awal nifas darah yang keluar berwarna merah. Setelah tiga ke empat hari warnanya semakin pudar. Dan pada hari kesepuluh warnanya putih kekuningan. Selepas dua minggu darah yang keluar masih berwarna merah, kemungkinan sisa plasenta masih tertinggal di dalam rahim. Ini menyebabkan gangguan kepada proses pemulihan rahim secara semulajadi. Darah nifas yang berbau mungkin petanda ada jangkitan.


Perubahan Kandungan Darah
 
Jumlah sel darah merah dan hemoglobin akan berubah, jumlah sel darah putih mungkin bertambah. Selepas seminggu semuanya akan kembali normal. Degupan jantung dan jumlah darah yang di pam oleh jantung masih lagi tinggi ketika awal nifas. Selepas dua minggu ia akan kembali normal. 

Berat Badan Turun 

Selepas bersalin anda akan kehilangan berat badan Antara 5 – 6 kg,  selepas bayi keluar bersama plasenta, air ketuban dan darah. Dua hingga tiga kilogram lagi melalui air kencing. Ini adalah proses tubuh mengeluarkan cecair yang dahulunya dihasilkan semasa hamil. Kebanyakan wanita akan kembali ke berat idealnya selepas 6 bulan, biarpun sebahagian mereka akan bertambah berat badan. 

Segera Bergerak 

Ketika nifas juga wanita sebaiknya melakukan pergerakan mudah dan ringkas beberapa jam. Selepas bersalin segeralah bergerak dari tempat tidur dan cuba bergerak. Jika dapat bergerak dengan banyak adalah lebih baik. Dengan cara ini, masalah untuk membuang air kecil dan besar dapat diatasi. 

Menjaga Kebersihan 

Vulva (bibir kemaluan) haruslah selalu dibersihkan. Jika tidak, boleh sebabkan risiko jangkitan. Jika terdapat bengkak, tekapkan tempat tersebut dengan ais batu bagi mengurangkan ketidakselesaan. Selain itu dengan cara duduk rapat dan berendam dalam air panas selepas 24 jam bersalin juga boleh dilakukan. Apabila tiada jangkitan, penggunaan antiseptik tidak diperlukan. Cukup sekadar mencuci dengan air bersih sahaja. Tidak perlu risau jahitan akan terbuka. 

Jangan Tahan 

Rasa sakit kadangkala menyebabkan anda enggan membuang air kecil, tetapi cuba buangnya secara teratur kerana kandungan urin berlebihan akan menggangu proses pengecutan dan menyebabkan pendarahan di rahim. Begitu juga halnya dengan membuang air besar. Sesudah wanita melahirkan, biasanya keinginan untuk membuang air besar akan terbantut kerana ditakuti jahitan akan terbuka. Namun najis yang terkumpil beberapa hari dan tidak dikeluarkan akan menjadi keras dan ini akan menyukarkan lagi pembuangan air besar. 

Berwaspada Postpartum Blues

Sebahagian wanita selepas bersalin mengalami tekanan yang di panggil ‘post-partum blues’. Ia disebabkan oleh pelbagai faktor seperti perubahan emosi (merasa takut melahirkan), terlalu letih, berasa janggal, bimbang tidak mampu menjaga bayi dan gusar perubahan bentuk badan. Tekanan perasaan begini biasanya akan hilang selepas 2-3 hari, namun ada kalanya keadaan ini boleh menjadi lebih lama. Perhatian daripada suami dan keluarga dapat membantu menghilangkan tekanan ini.

Makan

Mereka yang bersalin secara normal sebenarnya tiada pantang makan. Dua jam selepas melahirkan si ibu boleh makan dan minum jika mahu. Diingatkan supaya jumlah protein dan kalori perlu di ambil dalam jumlah yang lebih banyak kecuali si ibu tidak menyusukan bayinya lagi.


Set Berpantang Shaklee 

Set Berpantang Shaklee telah terbukti selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi. Set ini boleh di makan sejurus selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi. Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi.


VITALEA 

Ibu yang sedang berpantang di galakkan ambil vitalea untuk memberi tenaga. Ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin, oleh itu ibu perlu ambil makanan yang seimbang dan berkhasiat bagi menggantikan semula darah yang hilang.
Mengandungi zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu pucat, letih dan lesu serta tidak bermaya. Pengambilan zat besi adalah sangat penting untuk ibu yang menyusukan bayi. 
Vitalea  tidak boleh di ambil dengan minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan. 

B COMPLEX 

Membantu menstabilkan hormon badan. Jika kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi. Membantu ibu lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang. Menukarkan makanan kepada tenaga. 

VITAMIN C 

Berkonsepkan pelepasan masa. Ia melepaskan vitamin C secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan dan demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin C dalam meningkatkan antibodi secara konsisten.
Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran. Ia juga mempercepatkan penyembuhan luka jahitan dan memperbaiki tisu sel yang rosak semasa bersalin. 

ESP 

Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama.
Sangat bagus untuk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. Ia juga di basuh bukan menggunakan alkohol. Di proses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim di dalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi. 

OSTEMATRIX 

OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Tablet yang bersaiz kecil dan di salut licin ini juga mudah di telan. Ostematrix membantu dalam masalah sembelit ibu semasa berpantang.

OMEGA GUARD

Memang bagus untuk ibu yang tengah berpantang atau pun yang lepas berpantang yang mengalami masalah sejuk dan lenguh sendi. membantu merendahkan kolestrol jahat dan mengurangkan risiko kebas kaki. 

DHA yang terkandung di dalam Omega Guard akan menyingkirkan lemak berlebihan yang tidak diperlukan oleh badan. Jadi ibu menyusu akan kekal langsing dalam tempoh penyusuan, di tambah lagi dengan kebenaran bahawa pembakaran lemak akan menjadi aktif semasa sesi penyusuan dilakukan. Gabungan inilah yang akan menghasilkan badan yang sihat dan langsing kepada ibu menyusu. Ibu-ibu akan menerima 2 pakej kebaikan  iaitu badan ramping dan sihat, dapat juga menyusukan bayi.

Bayi yang disusukan oleh ibu yang mengambil Omega Guard Shaklee juga akan mendapat kebaikan bersama, DHA akan membantu bagi mengoptimumkan fungsi otak. Otak anak akan lebih aktif dan hasilnya anak semakin pintar. 

ALFALFA COMPLEX 

Raja segala tumbuhan.
Membantu meningkatkan imunisasi.
Mengandungi kalsium untuk keperluan tulang dan gigi ibu-ibu. 
Bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mencepatkan penghasilan susu ibu. 


Disclamer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnose, merawat, menyembuh atau mencegah penyakit tertentu. Tetapi produk nutrisi yang membantu badan melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan seterusnya membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik.

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh WhatsApp Mala 012-2280104 sekarang dan anda boleh rasakan sendiri kebaikannya..

Atau…

Walk-in terus ke Cawangan Shaklee yang berdekatan dengan menggunakan ID saya: 1243479 [Normala Mat Tarmizi]
www.wasap.my/60122280104
 https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=bd8603c4ca909e1ca8f80845e420e6c0


Pengedar Shaklee Anda

Normala Binti Mat Tarmizi (Mala)

WhatsApp: 012-2280104

Personal FB: Normala Tarmizi

Instagram: malamasya



TERIMA KASIH

Persediaan Menimang Cahaya Mata Di Awal Perkahwinan

Assalamualaikum & salam sejahtera

Setiap pasangan mengimpikan kebahagian dalam rumah tangga. Tambah mengembirakan apabila dikurniakan cahaya mata. Bagaimanapun, adakah semua pasangan bersedia menjadi ibu bapa dalam masa yang singkat selepas berumah tangga? Ini bermakna anda perlu menggalas tanggungjawab serta komitmen yang berat.

Antara suka atau tidak, setiap pasangan perlu melaluinya dengan tenang dan redha. Ikuti perjalanan yang perlu dilalui oleh bakal ibu dan bapa sekiranya dikurniakan zuriat dalam masa yang terdekat.


Melalui Saat Memenatkan 

Ketahuilah bahawa bakal ibu akan berperang dengan perasaan dan ketidakselesaan tubuh yang membawa kepada keletihan, hormon yang tidak seimbang dan kecelaruan emosi terutamanya ketika kandungan baru berusia beberapa minggu.

Kerana itulah bakal ibu perlu menjadi lebih kuat dan bersemangat untuk meneruskan hari-hari berikutnya. Jangan terpedaya dengan perasaan berunsur negatif yang cuba merosakkan mood anda. Belajarlah untuk lebih bersabar dan menikmati kehidupan dengan lebih bermakna.


Bijak Urus Kewangan 

Kewangan adalah antara factor utama yang perlu di beri perhatian sebelum berkahwin. Simpanan wang yang mencukupi nyata memberi jaminan yang lebih cerah di masa hadapan. Andaikan anda dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat selepas berkahwin, maka tidak perlulah kelam kabut mencari kerja sampingan atau mengikat perut berlebihan semata-mata ingin memastikan kos bayi mencukupi. Jangan lupa peruntukkan sedikit simpanan buat si manja sama ada untuk kecemasan atau keperluannya di hari kemudian.


Sediakan kelengkapan Bayi 

Apabila kandungan mencecah tujuh bulan ke atas, anda digalakkan mencari kelengkapan yang sesuai untuk si manja seperti pakaian, perabot ataupun barangan penjagaan.

Semuanya harus di ambil kira sebelum kehadiran si kecil. Paling penting, jangan membazir dengan membeli barang yang bukan keperluan. Fikirkan sama ada ia penting atau kehendak nafsu sahaja. Senaraikan dan berbincang dengan pasangan apakah yang perlu disediakan.



Nama Dan Pembentukan Karakter Diri 

Nama memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah diri seseorang. Lantaran itu, maka fikirlah nama-nama yang memberi makna yang baik. Usah terpengaruh pada nama-nama yang bunyi sahaja sedap tetapi tiada maksud di sebaliknya. Ibu bapa yang prihatin dan teruja menimang cahaya mata pasti menyediakan nama untuk zuriat mereka. Secara tidak langsung nama-nama yang mempunyai maksud yang baik ini menjadi terapi dan motivasi kepada anak-anak ini dalam menjalani kehidupan sehari-hari. 

Bergilir Di Waktu Malam 

Menyambut kelahiran ‘orang baru’, pastinya rumah tidak sunyi dari tangisan mereka. Oleh itu, persiapkan diri dari awal untuk memikul tanggungjawab seperti bergilir dengan suami untuk bangun di waktu malam untuk membancuh susu atau menukar lampin.

Si kecil juga berisiko dijangkiti penyakit kerana antibodi yang masih belum kuat. Jangan panic sebaliknya cuba tambah ilmu pengetahuan dengan membaca atau mendapatkan nasihat dari pakar-pakar yang bertauliah. Berlajarlah perlahan-lahan dan laluilah detik tersebut dengan penuh tenang dan sabar. 

Cari Masa Berkualiti 

Lakukan perancangan masa dengan terpeinci. Ingat, anda bukan lagi hidup berdua tetapi bertiga. Sesibuk manapun kerja, cubalah cari masa yang berkualiti untuk di habiskan dengan mereka.

Tidak perlulah membeli barang yang mahal atau pakaian yang mewah demi membuktikan kasih sayang anda. Memadailah sentuhan dan pelukan yang dipraktikkan setiap hari. Biarpun si kecil masih belum memahami tetapi dia tetap merasa bahawa ibu dan bapanya sangat sayang akan dirinya apabila diperlakukan begitu.


Kepada para ibu bapa yang sedang mencari barangan penjagaan bayi anda, di sini terdapat keperluan bayi yang selamat untuk digunakan kepada bayi anda. Ianya telah diuji secara klinikal dan yang paling penting semua bahan-bahannya adalah semula jadi.
 
SET BABY SHAKLEE







Disclamer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnose, merawat, menyembuh atau mencegah penyakit tertentu. Tetapi produk nutrisi yang membantu badan melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan seterusnya membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik.

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh WhatsApp Mala 012-2280104 sekarang dan anda boleh rasakan sendiri kebaikannya..

Atau…

Walk-in terus ke Cawangan Shaklee yang berdekatan dengan menggunakan ID saya: 1243479 [Normala Mat Tarmizi]


www.wasap.my/60122280104

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b8c2fd56055d3121265f85174035d0b8


Pengedar Shaklee Anda

Normala Binti Mat Tarmizi (Mala)

WhatsApp: 012-2280104

Personal FB: Normala Tarmizi

Instagram: malamasya



TERIMA KASIH