Isnin

ESP Shaklee Menjadi Kegemaran Ramai Kerana Keistimewaan Dan Kebaikannya

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA

Apakah ESP?
ESP adalah singkatan bagi Energizing Soy Protein. Ia adalah satu produk unggul dan premium yang dihasilkan oleh syarikat makanan tambahan semulajadi tertua di dunia, Shaklee Corporation.
ESP merupakan serbuk protein yang dihasilkan daripada kacang soya baka tulen, atau dalam bahasa sains dikenali sebagai Non-GMO (Non genetically modified organism).
Iaitu kacang soya asli yang tidak mengalami perubahan struktur genetik melalui pelbagai kaedah dalam kejuruteraan genetik. Ini bermakna, serbuk soya ESP adalah serbuk soya yang tulen.


Kelebihan ESP

Fakta 1

ESP dihasilkan menggunakan soya yang berkualiti tinggi, organik dan NON-GMO. Ini adalah perkara penting kerana, soya yang mempunyai ciri-ciri ini tidak akan memberikan kesan yang buruk kepada pengguna jika di ambil dalam kadar yang disarankan.

Protein soya NON-GMO ini dihasilkan di bawah kawalan proses yang ketat dinamakan IPP (Identity Preservation Program) di mana ia di monitor dan di kawal dari seawal proses penanaman sehingga proses penghasilan ESP itu sendiri.

Soya yang bersifat tidak organik menggunakan bahan kimia, pestiside dalam proses penanamannya dan ia mengandungi khasiat yang rendah tetapi tinggi nitrat dan ia mengundang pada terjadinya kanser.

Manakala soya jenis GMO pula adalah berkualiti rendah dan lebih mudah dihasilkan, tetapi ia berisiko menghasilkan toksin yang tinggi. 

Kerana itulah ESP Shaklee di anggap istimewa dan berbeza kerana faktor pemilihan yang ketat dijalankan semasa memilih kacang soya terbaik untuk menghasilkan ESP.



Fakta 2

ESP Shaklee membekalkan sepenuhnya 9 jenis asid amino perlu dan juga yang tidak perlu. Pentingnya mengambil 9 jenis asid amino perlu ini kerana ia tidak mampu dihasilkan oleh badan manusia itu sendiri dan perlu didapatkan daripada makanan/minuman contohnya ESP ini.

Asid amino yang menyumbang kepada kesihatan sistem saraf, organ-organ penting dan struktur sel. Ia benar-benar penting untuk kesihatan.

Jika anda tidak mendapat asid amino yang cukup dalam diet harian anda, kesihatan anda boleh terjejas. Asid amino penting yang rendah dikaitkan dengan gejala seperti keresahan, penumpuan yang lemah, keletihan, kemurungan dan hormon yang tidak seimbang.

Fakta 3

Proses penghasilan ESP menggunakan air sejuk untuk mencuci kacang soya terpilih itu. Tidak menggunakan alkohol seperti kebanyakan produk komersial soya yang lain. 

Soya yang di cuci menggunakan air akan mengekalkan nutrisi terbaik yang ada pada soya tersebut termasuklah isoflavone. Isoflavone merupakan sebatian phytoestrogen yang mempunyai ciri antioksidan yang menghalang dari terjadinya kanser payudara dan kanser prostat. Phytoestrogen dalam soya melindungi tapak reseptor sel dari xenoestrogens dan mana-mana sebatian estrogen yang tidak diingini.

Tidak banyak syarikat pengeluaran yang menghasikan produk berasaskan soya menggunakan kaedah pencucian dengan air kerana memerlukan kos yang lebih tinggi. Shaklee telah memperuntukkan banyak kos untuk memberikan yang terbaik dalam produk ESP nya.

Fakta 4

Bahan anti-tiroid dan anti pertumbuhan dalam soya disingkirkan. Dr Shaklee adalah orang yang telah menemui kaedah untuk melakukan hal ini. 

Dalam soya yang mentah mengandungi enzim anti-tyrosine dan kaedah mencuci kacang soya dengan menggunakan air akan mengekalkan enzim tersebut.

Fakta 5

Proses penghasilan ESP tidak menggunakan cara pemanasan dengan suhu yang tinggi. Selain ia merosakkan protein pada soya tersebut, ia juga mengakibatkan tiada lagi isoflavon yang tinggal. Sebagai contoh, sos soya dan minyak soya tidak mempunyai isofalon yang tinggal sama sekali.

Dalam usaha untuk membuat 'Protein sayuran berstruktur a.k.a Textured Vegetable Protein (TVP)', ia dimasukkan melalui suhu yang tinggi. Proses stim tekanan tinggi yang menyebabkan soya itu menjadi karsinogen atau penyebab kanser. TVP adalah apa yang digunakan dalam daging pengganti soya dan harus dielakkan.

Jadi, jika anda menelan soya komersial yang terlebih masak (dipanaskan dengan suhu tinggi), ia akan menyumbang kepada sel-sel kanser yang terbentuk dalam badan.

Disebabkan itu juga kita tidak menggalakkan anda membancuh ESP dengan air yang bersuhu tinggi (air panas).

Fakta 6

Pengambilan ESP mengikut sukatan yang disarankan mampu mengurangkan paras kolesterol yang tinggi. Berbeza dengan protein daripada daging, telur atau produk tenusu, ESP adalah rendah lemak dan juga bebas kolesterol.

Soya telah terbukti dapat mengurangkan paras kolesterol yang tinggi - sekitar 10% - dalam banyak kajian. Ujian klinikal terkawal telah mendapati bahawa 25 gram soya dalam diet harian boleh mengurangkan tahap kolesterol LDL sementara mengekalkan HDL kolesterol. Ia juga menghalang pembentukan plak, melambatkan pertumbuhan plak yang ada, mengurangkan risiko pembentukan darah beku dan meningkatkan keanjalan saluran darah.

3 sudu besar ESP memberikan 14g protein soya isolate.

Fakta 7

ESP Shaklee telah ditambahkan dengan kalsium yang membekalkan 500mg kalsium dalam sukatan 3 sudu besar sehari. Ini kerana ketika minyak dari soya dikeluarkan, ia menjadikan makanan berasid. Apabila kalsium di tambah, ia menjadikannya bersifat neutral semula.

SIAPA PERLUKAN ESP?

Sesuai untuk semua:

1. Individu yang sibuk:
ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan cergas.

2. Wanita yang ingin menguruskan badan:
Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberi rasa kenyang yang lebih lama. 

3. Ibu-ibu yang menyusu:
Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan bekalan susu di samping pengambilan air yang cukup dalam proses pengepaman yang konsisten.

4. Pesakit kencing manis:
Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal proses glukosa.

5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit wajah:
Keanjalan kulit dan juga payudara. Protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata.
Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut.
Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus, gebu dan berseri.

7. Pelajar dan pekerja atau individu dewasa:
Sebagai energy booster jika di minum waktu pagi. Terasa energetic dan tidak rasa lapar.

8. Individu yang baru lepas pembedahan / bersalin / kemalangan:
ESP membantu dalam memulihkan sel-sel badan serta membantu mengatasi masalah hb rendah dan mempercepatkan penyembuhan luka.

9. Pasangan yang inginkan anak:
ESP memulihara kesihatan dalaman serta menyediakan diri dengan tenaga dan kesihatan optimum.
Membaik pulih sel-sel tubuh untuk membantu memperbaiki kesuburan.
Apapun, semua dengan izin Allah, supplemen hanya cara dan usaha.

10. Wanita yang ingin meringankan senggugut / gejala PMS:
Membantu wanita yang selalu mengalami masalah ini agar lebih sihat dan selesa. Juga memberi tenaga kerana badan agak lemah ketika itu.

11. Individu yang mahu optimumkan imunisasi:
Membantu menyihatkan tubuh dari tahap sel, jadi secara tidak langsung ia membaiki pertahanan tubuh kita.

12. Pesakit gastrik dan migrain:
ESP membantu meringankan simptom ini.

Siapa yang tidak boleh ambil ESP?

Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein tidak digalakkan ambil ESP.

Benarkah Soya Boleh Menyebabkan Cyst Dan Fibroid?

Ketua saintis Shaklee, Dr Bruce Daggy adalah ketua kepada kumpulan saintis Shaklee yang seramai 70 orang yang semuanya bukan calang-calang orang. Beliau sendiri mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang kesihatan dan nutrisi. Berpuluh-puluh kajian beliau telah dipatenkan.


Sepanjang berpuluh-puluh tahun kajian beliau, tiada bukti yang menunjukkan soya boleh menyebabkan cyst, kanser dan fibroid. Ini merujuk kepada soya ESP Shaklee.

Kerana terdapat perbezaan antara soya ESP berbanding soya yang lain.

Antaranya, soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP adalah soya NON-GMO yang tidak di ubah genetik (baka), daripada benih sehinggalah proses pengeluarannya.

ESP ini dihasilkan sejak 1951. Produk ini telah berada di pasaran lebih 50 tahun. Jika benar ia merbahaya, sudah tentu ramai yang mati akibat kanser disebabkan ESP. Tetapi sebaliknya yang mengamalkan ESP semakin sihat dan bebas kanser. Kerana apa? Kerana selain dari NON-GMO, cara pemprosesan juga membezakan kualiti soya. ESP di cuci dengan menggunakan air (bukan alkohol) dan di proses dengan suhu rendah. Jadi, IS, GENISTEIN & DAIDZEIN kekal dalam soya ESP.

Kepada yang belum cuba ESP, sila cuba dan pasti akan jatuh cinta dengan ESP. Yang sudah jatuh cinta pula jangan la simpan kebaikan untuk diri sendiri sahaja, sila la share dengan orang sekeliling supaya kita sama-sama mendapat manfaatnya. 

 Testimoni ESP Shaklee




  

  

  

  

  
   

 




 


Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnose, merawat, menyembuh atau mencegah penyakit tertentu. Tetapi produk nutrisi yang membantu badan melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan seterusnya membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik.



Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh WhatsApp Mala 012-2280104 sekarang. Dan anda boleh rasakan sendiri kebaikannya...

Atau...

Walk-in terus Ke Cawangan Shaklee yang Berdekatan: Jika anda tinggal berdekatan dengan cawangan Shaklee, anda boleh terus ke cawangan Shaklee yang berdekatan dengan menggunakan ID saya: 1243479  [Normala Mat Tarmizi]
www.wasap.my/60122280104

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=2f849d821a8a925a9238d81184f5ef5c

Pengedar Shaklee Anda
Normala Binti Mat Tarmizi (Mala)
WhatsApp: 012-2280104
Personal FB: NormalaTarmizi
Instagram: malamasya

TERIMA KASIH
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan