ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA
Sembelit atau sukar membuang air besar
bukanlah satu penyakit, ia hanyalah satu gejala. Sembelit adalah gangguan pada
pencernaan yang turut dihadapi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami
masalah sembelit akan sukar dan kurang membuang air besar.
Dari sudut perubatan, seseorang itu
dikatakan sembelit apabila membuang air besar kurang 3 kali seminggu atau tidak
membuang air besar lebih 2 hari.
Punca Sembelit Di Kalangan Kanak-Kanak
- Kurang mengambil serat di dalam makanan harian. Biasanya kanak-kanak tidak gemar makan sayur dan buah-buahan.
- Kurang minum air putih.
- Makan makanan segera (fast food) yang mengandungi banyak lemak seperti burger dan kentang goreng.
- Makan makanan yang mengandungi gula yang di proses seperti gula-gula, biskut manis dan soft drink.
- Bagi bayi, sembelit mungkin berlaku apabila adanya peralihan dari susu ibu kepada susu fomula yang mana, susu formula sukar untuk di hadam dan di serap ke dalam usus berbanding susu ibu.
- Pengambilan ubat untuk merawat kekurangan zink, boleh mendorong kepada sembelit.
- Kanak-kanak cenderung untuk mengelak pergi ke bilik air walaupun mereka benar-benar ada desakan untuk berbuat demikian. Keadaan ini mungkin disebabkan tidak mahu berhenti bermain permainan yang menyeronokkan atau menggunakan tandas awam.
- Tekanan juga boleh menjadi sebab sembelit di kalangan kanak-kanak. Apabila mereka cemas tentang sesuatu, seperti permulaan untuk ke sekolah baru dan adanya masalah di rumah. Kajian telah membuktikan bahawa kecelaruan emosi boleh memberi kesan kepada usus untuk berfungsi dengan baik dan boleh menyebabkan sembelit serta masalah lain seperti cirit-birit.
Tanda-tanda yang menunjukkan anak anda sembelit
:
- Bayi atau anak anda menunjukkan rasa resah atau tidak selesa ketika membuang.
- Bagi kanak-kanak yang lebih besar, mereka akan mengadu rasa sakit atau mereka di lihat meneran ketika membuang air besar.
- Najis mereka kelihatan kering, keras, berketul-ketul dan berbiji-biji seperti kacang.
- Kentut dan najis mungkin berbau lebih busuk.
- Kekerapan membuang air besar berkurangan.
- Bayi atau anak-anak anda tidak selesa untuk makan.
- Perut kembung.
Tips mengatasi sembelit secara
semulajadi untuk bayi dan kanak-kanak :
Baringkan bayi anda dan tetapkan kaki ke
atas. Kemudian, cuba gerakkan kaki anak anda seolah-olah sedang mengayuh
basikal di udara. Tujuannya adalah untuk merangsang pergerakan usus di dalam
badan.
Jika
anak anda berusia 6 bulan ke atas dan minum susu formula, berikan separuh
pepejal seperti lobak yang di kisar secara segar. Ini akan menambah kandungan
serat dalam pemakanan mereka dan membantu membuang najis dengan mudah.
Kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas,
boleh diberikan air buah-buahan seperti jus betik dan air suam. Jus betik
dipercayai mengandungi serat yang tinggi.
Walaubagaimanapun, ibu bapa janganlah
terlalu risau apabila anak anda menghadapi sembelit kerana keadaan ini adalah
biasa di kalangan kanak-kanak.
Elak Sembelit Dengan Cara Sihat
Untuk melembutkan najis kanak-kanak pada
usia setahun dan keatas adalah dengan bantuan makanan tambahan seperti Mealshakes
Shaklee. Mealshakes adalah makanan tambahan yang mengandungi 23 jenis vitamin
untuk tumbesaran kanak-kanak.
Kebaikan Mealshakes Shaklee
- Mengandungi 23 jenis vitamin dan mineral termasuk fiber. Fiber membantu sistem pencernaan berfungsi dengan baik.
- Mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium untuk membina tulang dan sel-sel badan.
- Kaya dengan protein yang membantu menyihatkan sel-sel.
- Minuman multivitamin berperisa vanila yang lengkap tanpa pewarna dan gula tiruan.
- Mengandungi vitamin B complex dan zat besi untuk membentuk sel darah merah yang sihat.
Selain daripada fiber, magnesium juga
membantu dalam masalah sembelit. Magnesium membantu menenangkan otot usus yang
boleh melancarkan proses pembuangan. Magnesium juga membantu meningkatkan
jumlah air dalam kolon yang boleh melembutkan najis seterusnya memudahkan
pembuangan.
Testimoni Kanak-Kanak Atasi Sembelit Dengan Mealshakes
Disclamer: Produk ini bukan bertujuan untuk
mendiagnose, merawat, menyembuh atau mencegah penyakit tertentu. Tetapi produk
nutrisi yang membantu badan melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan
seterusnya membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik.
Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee,
boleh WhatsApp Mala 012-2280104 sekarang dan anda boleh rasakan sendiri
kebaikannya..
Atau…
Walk-in terus ke Cawangan Shaklee yang
berdekatan dengan menggunakan ID saya: 1243479 [Normala Mat Tarmizi]
Pengedar
Shaklee Anda
Normala
Binti Mat Tarmizi (Mala)
WhatsApp:
012-2280104
Personal
FB: Normala Tarmizi
Instagram:
malamasya
TERIMA
KASIH
Mealshakes memang terbaik
BalasPadamSetuju Sangat
Padam