Rabu

Cara Merawat Tonsil Di Kalangan Dewasa Dan Kanak-Kanak


ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA 

Tonsil sering terjadi di kalangan dewasa mahupun kanak-kanak. Lazimnya, jika mengalami sakit tekak, ini disebabkan oleh tonsil yang membengkak akibat jangkitan kuman.
 
Setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut.



Apa Tugas Tonsil?


Tonsil berfungsi untuk menapis virus dan bakteria daripada masuk ke saluran pernafasan kita. Ia sekaligus menjadikan salah satu daripada sistem pertahanan badan. Namun, kadangkala tonsil gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu untuk menahan serangan virus dan bakteria.


Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi dan membengkak. Keadaan ini di panggil sebagai tonsillitis.


Jom kita kenali dulu apa itu tonsil dengan lebih dekat lagi.


Tonsil ialah sejenis tisu lymphoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu lymphoid ini terdiri daripada sejenis sel di panggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit.


Terdapat 3 jenis tonsil yang ada di dalam rongga mulut:


● Adenoids – Tonsil yang terletak di belakang hidung.

● Lingual tonsils – Tonsil di belakang lidah.

● Palatine tonsils – Tonsil di tekak.


Tonsil yang ingin saya kongsikan di sini adalah Palatine Tonsil iaitu tonsil di tekak.


Apa Itu Radang Tonsil?


Tisu lymphoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar lymphatic di seluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh, kelenjar lymphatic di leher boleh membengkak sekiranya terdapat jangkitan di dalam mulut misalnya.


Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untuk melawan penyakit.


Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem lymphatic, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang di sebut tonsillitis atau radang tonsil.



Apakah Penyebab Dan Gejala Tonsil?


Tonsillitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.


Antara Gejala Radang Tonsil


● Sakit tekak yang kadang-kadang teruk.

● Tidak boleh menelan atau sakit bila menelan.

● Demam yang kadang-kadang sangat tinggi.

● Sakit kepala dan sakit-sakit badan.

● Suara garau atau hilang suara.

● Kadang-kadang ada bengkak pada leher.

● Mulut berbau busuk.

● Berdengkur waktu tidur.



Komplikasi Radang Tonsil


Radang tonsil biasanya berlaku ketika umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur dalam lingkungan 5 – 15 tahun.


Yang sering menjadi masalah kepada ibu bapa ialah, anak yang kerap demam akibat tonsillitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.


Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak berapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan merasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.


Tonsillitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil, jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).


“Sleep apnea” atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembengkakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.



Antara rawatan tonsil bahagian tekak atau Palatine Tonsil yang mudah untuk anda lakukan di rumah:


Madu


Selain kandungan gula semulajadi, madu juga mempunyai pelbagai khasiat therapeutic seperti komponen anti bakteria dan anti radang. Bahan-bahan aktif ini mampu melegakan kesakitan serta mengurangkan rasa bengkak. Ia juga membekalkan nutrisi lain seperti anti oksida, zat besi dan mineral.


Cara penyediaannya ialah, mencampurkan 4 sudu teh madu, satu suku sudu garam dan perahan sebiji limau kasturi. Kacaukan dan minum 2 ke 3 kali sehari untuk kesan yang lebih cepat.


● Kunyit


Selain menjadi penyeri masakan, kunyit juga sering menjadi pilihan bagi rawatan altenatif dari rumah kerana kesan baiknya kepada kesihatan seseorang termasuk rawatan tonsil yang bengkak.


Minum susu panas dengan campuran sesudu kunyit serbuk untuk meredakan sakit tekak. Amalkan 2 kali sehari untuk kelegaan segera.


Kandungan penyembuh yang ada pada kunyit  mampu melawan pembiakan bakteria dan virus yang menyumbang kepada jangkitan. Bengkak juga menjadi susut dengan pengambilan kunyit kerana ia membantu menguatkan sistem imun tubuh.


Air garam


Rata-rata banyak doktor gigi yang mengesyorkan penggunaan kumuran air garam bagi meningkatkan kesihatan oral secara menyeluruh termasuklah tekak. Hal ini disebabkan oleh kebaikan garam yang didapati berkesan untuk mengurangkan perit di tonsil akibat kepedihan dan bengkak lebih-lebih lagi ketika ingin makan dan minum.


Caranya ialah dengan mencampurkan sesudu garam ke dalam secawan air suam. Kumur 3 kali sehari bagi kesan yang optimum.


Cara di atas adalah cara rawatan tradisional. Tetapi pada zaman sekarang ini, orang mahukan rawatan / suplemen moden untuk rawatan yang agak cepat. Jadi, anda boleh mencuba suplemen Shaklee yang dicadangkan.


Cara Merawat Tonsil Dengan Vitamin Shaklee


Jika terlalu kerap menghadapi masalah bengkak tonsil, itu menunjukkan yang badan anda mudah dijangkiti dan imun badan anda rendah.


Vitamin terbaik untuk merawat bengkak tonsil ialah:



NUTRIFERON


Nutriferon ialah produk Shaklee yang bertujuan untuk melindungi tubuh dari sebarang penyakit.


Ia dihasilkan daripada ekstrak 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga sunflower, honeysuckle Jepun dan biji plantain yang mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.


Tugas Interferon


● Meningkatkan sistem imun dalam masa 3 hari. Interferon mampu merangsang dan meningkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh.


● Melindungi dari influenza. Melindungi secara berkesan daripada virus, microbe termasuk selsema, flu, alergi dan influenza. Meringankan stress dan kelesuan. Meringankan kemudaratan yang disebabkan keresahan, stress kelesuan dan gaya hidup sibuk. 


Tonsil kalau sudah bengkak mulalah badan akan rasa seperti hendak demam, sakit tekak, sakit kepala, susah hendak makan dan minum. Mereka yang kerap terkena tonsil ini adalah mereka yang lemah imun. Tonsil bengkak boleh disurutkan dengan antibiotik semulajadi iaitu Nutriferon.


VITAMIN C SHAKLEE


Bertindak sebagai barisan pertahanan sel tubuh untuk memerangi radikal bebas yang menyerang sel-sel dalam badan.


Vitamin C menjadi barisan hadapan dalam menyerang radikal bebas. Radikal bebas ini seperti asap rokok, asap kenderaan, pewangi dan lain-lain.


Jika kerap demam, perlulah meningkatkan pengambilan vitamin C.


Selain berperanan sebagai antioksidan, Ia turut membantu mengekalkan kesihatan tubuh dengan menjadi ejen anti mutant, anti carcinogen dan anti penuaan.


GARLIC COMPLEX


Garlic ialah antibiotik semulajadi yang sangat bagus. Ia bertindak menghalang jangkitan bintik-bintik putih atau kuman.


Bengkak tonsil ini bergantung sepenuhnya kepada imun badan untuk mengecut dan kembali ke asal.


OMEGA GUARD


Minyak ikan sumber omega 3 terbaik dunia. 1 biji sehari membantu memperbaiki alahan kulit seperti eczema, alergi, memperbaiki tisu paru-paru, sangat sesuai untuk pesakit lelah, bronchitis, peparu berair, batuk-batuk dan anti bengkak serta anti radang.


Testimoni Pesakit Tonsil Dengan Vitamin Shaklee





Disclamer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnose, merawat, menyembuh atau mencegah penyakit tertentu. Tetapi produk nutrisi yang membantu badan melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan seterusnya membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik.



Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh WhatsApp Mala 012-2280104 sekarang dan anda boleh rasakan sendiri kebaikannya..



Atau…



Walk-in terus ke Cawangan Shaklee yang berdekatan dengan menggunakan ID saya: 1243479 [Normala Mat Tarmizi]
www.wasap.my/60122280104

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=467ef93e6176e6804e902a897b006023


Pengedar Shaklee Anda

Normala Binti Mat Tarmizi (Mala)

WhatsApp: 012-2280104

Personal FB: Normala Tarmizi

Instagram: malamasya



TERIMA KASIH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan