Khamis

Cara Atasi Sakit Gigi Dan Bengkak Gusi Ketika Hamil


ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA 

Kenapa bila hamil gigi dan gusi sering sakit, gusi mudah berdarah dan bengkak?
Ini adalah sebahagian keluhan ramai di kalangan ibu hamil. Sebenarnya, semasa hamil tubuh mengalami perubahan fizikal dan psikologi selain disebabkan oleh perubahan hormon estrogen dan progesteron. Akibatnya beberapa alahan seperti mual, loya, muntah-muntah dan termasuklah sakit gigi dan gusi sepanjang kehamilan.



Pembengkakan gusi berkurangan apabila kehamilan semakin membesar dan kembali normal selepas bersalin.


Pembengkakan gusi akan berlaku di beberapa bahagian gusi atau beberapa tempat tertentu. Bentuknya bulat, berwarna merah, permukaan berkilat dan lembut, mudah berdarah bila di sentuh. Pembengkakan ini dinamakan sebagai gingivitis. Biasanya di kesan pada peringkat pertama kehamilan.


Penyebab gingivitis semasa hamil terbahagi kepada dua jenis iaitu primer dan sekunder:


Primer


Jangkitan setempat seperti plak adalah penyebab primer gingivitis semasa hamil sama seperti wanita tidak hamil. Tetapi perubahan hormon menyebabkan pertambahan plak dan radang pada gusi secara setempat. Plak akan menjadi semakin menebal disebabkan tampalan gigi kurang baik atau gigi palsu kurang baik.

Perubahan yang berlaku pada bahagian gigi dan mulut ini juga menyebabkan timbulnya rasa mual, loya, muntah dan takut menggosok gigi kerana bimbang berdarah. Keadaan ini dengan sendirinya akan menambah timbunan plak sehingga memburukkan lagi keadaan plak gigi dan masalah pembengkakan gusi.


Sekunder


Kehamilan menyebabkan perubahan hormon estrogen dan progesteron tidak seimbang sehingga memberi kesan pelbagai kepada tubuh. Antaranya, pembesaran pembuluh darah sehingga menyebabkan bertambahnya aliran darah sehingga gusi menjadi merah, bengkak dan mudah mengalami pendarahan.




Berikut adalah beberapa gejala gusi menjadi bengkak dan mengalami keradangan:
  • Warna gusi menjadi merah terang, merah tua dan kadang-kadang kebiruan.
  • Kesan radang lebih ketara di kawasan selang gigi dan gusi kelihatan membengkak.
  • Bahagian gusi yang bengkak akan kelihatan berkilat dan mudah di tekan.
  • Pendarahan, kerana gusi yang berwarna merah tua menunjukkan bertambahnya aliran darah. Secara tidak langsung meningkatkan pendarahan gusi.


Berikut adalah 4 tahap perawatan bengkak dan radang gusi:

  1.  Lakukan rawatan pembuangan plak yang melekat pada gigi. Tujuannya untuk mengurangkan tompokkan plak baru dan sisa makanan pada bekas tampalan gigi dan gigi palsu.
  2. Jika anda merancang untuk membuat tampalan pada gigi atau memakai gigi palsu, inilah masanya.
  3. Perhatikan secara khusus masalah kesihatan mulut dan gigi. Kenal pasti jenis rawatan apa yang boleh dilakukan untuk mengatasinya.
  4. Mengekalkan penjagaan gigi agar masalah gusi bengkak dan radang tidak berulang.

Penjagaan Mulut Dan Gigi

Penjagaan gigi semasa hamil menjadi salah satu agenda yang perlu di titik beratkan oleh ibu hamil sepanjang kehamilan. Ini kerana, semasa hamil, gigi dan gusi lebih sensitif dan mudah berdarah apabila menggosok gigi. Ini disebabkan perubahan hormon kehamilan yang menyebabkan plak gigi menebal dan menggalakkan pertumbuhan bakteria.


Tips penjagaan gigi yang disarankan untuk ibu hamil.

  • Pilihlah berus gigi yang lembut dan berkualiti baik dan beruslah dengan berhati-hati.
  • Kurangkan makanan manis.
  • Dapatkan rawatan daripada doktor gigi secara teratur. Jangan lupa beritahu doktor gigi, anda sedang hamil supaya rawatan dapat disesuaikan dengan kehamilan anda.
  • Beri perhatian kepada kebersihan gigi.


Vitamin Shaklee Untuk Gigi Yang Sihat


Terdapat 3 jenis vitamin Shaklee yang sesuai untuk membantu menangani masalah sakit gigi terutamanya bagi ibu hamil, bergantung kepada masalah yang dialami.



VITAMIN C SHAKLEE


Vitamin C adalah vitamin yang penting untuk memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan memelihara badan daripada jangkitan virus dan bakteria.


OSTEMATRIX


Kalsium pula amat penting untuk mengekalkan kekuatan tulang termasuk tulang yang menyokong gigi. Ostematrix turut membekalkan nutrisi harian lain selain kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagan tulang dan gigi. 


Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, copper dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.


Selain itu, ibu hamil juga perlu memastikan zat kalsium yang di ambil mencukupi. Ini bagi memastikan keadaan gusi ibu kekal sihat. Pengambilan kalsium semasa hamil juga dikatakan mampu mengelakkan daripada berlakunya masalah sakit pinggang dan kaki kejang terutamanya di waktu malam.


GARLIC COMPLEX


Pengambilan kapsul bawang putih sebagai antibiotik semulajadi untuk masalah sakit gigi sememangnya telah dipraktiskan oleh ibu hamil di luar negara, bagi masalah gigi yang disebabkan oleh jangkitan bakteria. Kandungan allicin di dalam bawang putih memainkan peranan penting sebagai antibakteria dan antibiotic semulajadi. 

Testimoni Pengguna Vitamin Shaklee




Disclamer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnose, merawat, menyembuh atau mencegah penyakit tertentu. Tetapi produk nutrisi yang membantu badan melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan seterusnya membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik.



Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh WhatsApp Mala 012-2280104 sekarang dan anda boleh rasakan sendiri kebaikannya..

Atau…

Walk-in terus ke Cawangan Shaklee yang berdekatan dengan menggunakan ID saya: 1243479 [Normala Mat Tarmizi]


www.wasap.my/60122280104

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ffd4622131a34ec364237eefe1bf047f



Pengedar Shaklee Anda

Normala Binti Mat Tarmizi (Mala)

WhatsApp: 012-2280104

Personal FB: Normala Tarmizi

Instagram: malamasya



TERIMA KASIH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan