Selasa

Persediaan Menimang Cahaya Mata Di Awal Perkahwinan

Assalamualaikum & salam sejahtera

Setiap pasangan mengimpikan kebahagian dalam rumah tangga. Tambah mengembirakan apabila dikurniakan cahaya mata. Bagaimanapun, adakah semua pasangan bersedia menjadi ibu bapa dalam masa yang singkat selepas berumah tangga? Ini bermakna anda perlu menggalas tanggungjawab serta komitmen yang berat.

Antara suka atau tidak, setiap pasangan perlu melaluinya dengan tenang dan redha. Ikuti perjalanan yang perlu dilalui oleh bakal ibu dan bapa sekiranya dikurniakan zuriat dalam masa yang terdekat.


Melalui Saat Memenatkan 

Ketahuilah bahawa bakal ibu akan berperang dengan perasaan dan ketidakselesaan tubuh yang membawa kepada keletihan, hormon yang tidak seimbang dan kecelaruan emosi terutamanya ketika kandungan baru berusia beberapa minggu.

Kerana itulah bakal ibu perlu menjadi lebih kuat dan bersemangat untuk meneruskan hari-hari berikutnya. Jangan terpedaya dengan perasaan berunsur negatif yang cuba merosakkan mood anda. Belajarlah untuk lebih bersabar dan menikmati kehidupan dengan lebih bermakna.


Bijak Urus Kewangan 

Kewangan adalah antara factor utama yang perlu di beri perhatian sebelum berkahwin. Simpanan wang yang mencukupi nyata memberi jaminan yang lebih cerah di masa hadapan. Andaikan anda dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat selepas berkahwin, maka tidak perlulah kelam kabut mencari kerja sampingan atau mengikat perut berlebihan semata-mata ingin memastikan kos bayi mencukupi. Jangan lupa peruntukkan sedikit simpanan buat si manja sama ada untuk kecemasan atau keperluannya di hari kemudian.


Sediakan kelengkapan Bayi 

Apabila kandungan mencecah tujuh bulan ke atas, anda digalakkan mencari kelengkapan yang sesuai untuk si manja seperti pakaian, perabot ataupun barangan penjagaan.

Semuanya harus di ambil kira sebelum kehadiran si kecil. Paling penting, jangan membazir dengan membeli barang yang bukan keperluan. Fikirkan sama ada ia penting atau kehendak nafsu sahaja. Senaraikan dan berbincang dengan pasangan apakah yang perlu disediakan.



Nama Dan Pembentukan Karakter Diri 

Nama memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah diri seseorang. Lantaran itu, maka fikirlah nama-nama yang memberi makna yang baik. Usah terpengaruh pada nama-nama yang bunyi sahaja sedap tetapi tiada maksud di sebaliknya. Ibu bapa yang prihatin dan teruja menimang cahaya mata pasti menyediakan nama untuk zuriat mereka. Secara tidak langsung nama-nama yang mempunyai maksud yang baik ini menjadi terapi dan motivasi kepada anak-anak ini dalam menjalani kehidupan sehari-hari. 

Bergilir Di Waktu Malam 

Menyambut kelahiran ‘orang baru’, pastinya rumah tidak sunyi dari tangisan mereka. Oleh itu, persiapkan diri dari awal untuk memikul tanggungjawab seperti bergilir dengan suami untuk bangun di waktu malam untuk membancuh susu atau menukar lampin.

Si kecil juga berisiko dijangkiti penyakit kerana antibodi yang masih belum kuat. Jangan panic sebaliknya cuba tambah ilmu pengetahuan dengan membaca atau mendapatkan nasihat dari pakar-pakar yang bertauliah. Berlajarlah perlahan-lahan dan laluilah detik tersebut dengan penuh tenang dan sabar. 

Cari Masa Berkualiti 

Lakukan perancangan masa dengan terpeinci. Ingat, anda bukan lagi hidup berdua tetapi bertiga. Sesibuk manapun kerja, cubalah cari masa yang berkualiti untuk di habiskan dengan mereka.

Tidak perlulah membeli barang yang mahal atau pakaian yang mewah demi membuktikan kasih sayang anda. Memadailah sentuhan dan pelukan yang dipraktikkan setiap hari. Biarpun si kecil masih belum memahami tetapi dia tetap merasa bahawa ibu dan bapanya sangat sayang akan dirinya apabila diperlakukan begitu.


Kepada para ibu bapa yang sedang mencari barangan penjagaan bayi anda, di sini terdapat keperluan bayi yang selamat untuk digunakan kepada bayi anda. Ianya telah diuji secara klinikal dan yang paling penting semua bahan-bahannya adalah semula jadi.
 
SET BABY SHAKLEE







Disclamer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnose, merawat, menyembuh atau mencegah penyakit tertentu. Tetapi produk nutrisi yang membantu badan melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan seterusnya membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik.

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh WhatsApp Mala 012-2280104 sekarang dan anda boleh rasakan sendiri kebaikannya..

Atau…

Walk-in terus ke Cawangan Shaklee yang berdekatan dengan menggunakan ID saya: 1243479 [Normala Mat Tarmizi]


www.wasap.my/60122280104

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b8c2fd56055d3121265f85174035d0b8


Pengedar Shaklee Anda

Normala Binti Mat Tarmizi (Mala)

WhatsApp: 012-2280104

Personal FB: Normala Tarmizi

Instagram: malamasya



TERIMA KASIH

4 ulasan:

  1. Bestnya..shaklee dah ada produk uyk bayi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best..cepat dapatkan sekarang!

      Padam
  2. Anak tu anugerah yang terindah 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi kena jaga betul2 anugerah ni. Salah satu cara dgn menggunakan produk terbaik.

      Padam