Selasa

Pentingnya Asid Folik Di Awal Kehamilan



ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA


Ibu hamil yang pergi ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan kandungan biasanya akan dibekalkan dengan asid folik, vitamin C, kalsium dan ferrous fumerate. Tetapi kita tak faham sangat kenapa mesti ambil asid folik. Hanya tahu ia bagus untuk ibu hamil. 



Apakah Asid Folik?


Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa jenis buah dan juga yis serta ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.


Mengapa ibu hamil perlukan asid folik?


Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub nueral) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.




Tiub neural terbentuk antara hari ke 15 dan 28 selepas persenyawaan berlaku. Kebiasaannya, anda masih belum mengetahui tentang kehamilan anda pada waktu itu. Kerana itulah, anda digalakkan oleh doktor anda untuk mengambil asid folik sebagai persediaan kehamilan.


Biasanya, seorang ibu itu hanya mengetahui yang dia hamil ketika usia kandungannya sudah mencecah 6 minggu. Ini dikhuatiri ibu sudah terlewat untuk mengamalkan pengambilan asid folik.


Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh itu, adalah sangat penting untuk mengambil asid folik setiap hari pada masa itu.


Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhenti mengambil asid folik. Namun, jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, Ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.


Dalam spina bifida, tulang belakang janin tidak menutup sepenuhnya. Ini biasanya boleh menyebaban kerosakan saraf yang boleh mengakibatkan sekurang-kurangnya lumpuh salah satu atau kedua-dua kaki.


Ada juga sebahagian besar otak dan tengkorak tidak berkembang, di panggil anencephaly. Bayi anencephaly biasanya sama ada meninggal semasa lahir (still birth) atau meninggal sebaik sahaja selepas lahir. Satu lagi jenis kecacatan ialah kecacatan Chiari yang menyebabkan tisu otak bersambung ke tulang belakang.



Berapakah jumlah asid folik yang diperlukan?


Wanita dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Elok juga jika mengambil makanan yang kaya dengan folat.


Kajian klinikal menunjukkan bahawa 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari boleh mengurangkan kecacatan tiub neural kira-kira 40 peratus, 1000 mikrogram (mcg) setiap hari boleh mengurangkan kecacatan kelahiran kira-kira 50 peratus.




Kenapa B Complex Shaklee boleh memenuhi keperluan asid folik anda?


B Complex Shaklee lengkap dengan kesemua 8 vitamin B penting iaitu:

B1

B2

B3

B6

B12

Asid Pantotenik

Asid Folik


B Complex Shaklee difomulasikan dengan Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten. Ia membekalkan 200 mikrogram (mcg) asid folik dalam setiap sajian. Bagi ibu yang merancang untuk hamil dan ibu yang sedang hamil, disarankan mengambil 2 tablet B Complex Shaklee setiap hari.

Bagi ibu berpantang pula, asid folik membekalkan tenaga dan menyokong pemulihan selepas bersalin. Asid folik juga mengurangkan risiko tekanan perasaan (postpartum depression). 


Bagi bayi anda pula, asid folik meningkatkan motor sensor bayi dan perkembangan otak bayi.


Jadi, disarankan ibu hamil meneruskan pengambilan B Complex Shaklee setelah bersalin dan menyusukan bayi.





Disclamer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnose, merawat, menyembuh atau mencegah penyakit tertentu. Tetapi produk nutrisi yang membantu badan melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan seterusnya membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik.



Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh WhatsApp Mala 012-2280104 sekarang dan anda boleh rasakan sendiri kebaikannya..



Atau…



Walk-in terus ke Cawangan Shaklee yang berdekatan dengan menggunakan ID saya: 1243479 [Normala Mat Tarmizi]


www.wasap.my/60122280104



Pengedar Shaklee Anda

Normala Binti Mat Tarmizi (Mala)

WhatsApp: 012-2280104

Personal FB: Normala Tarmizi

Instagram:malamasya



TERIMA KASIH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan