Khamis

Kenali Tanda-Tanda Penyakit Tibi Atau Batuk Kering Dan Cara Mengatasinya

Penyakit Tibi (Tuberculosis) atau juga disebut batuk kering merupakan sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat. Ia disebabkan oleh kuman mycobacterium tuberculosis yang berwarna merah, halus dan hanya boleh dilihat menggunakan microskop.


Dianggarkan 90 peratus daripada kuman tibi biasanya menyerang paru-paru dikenali sebagai Pulmonary Tuberculosis. Walaubagaimanapun, melalui peredaran darah, ia juga boleh menyerang bahagian lain tubuh badan seperti buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang, otak dan lain-lain.

Penyakit tibi tersebar melalui titisan air di udara. Apabila pesakit tibi batuk, bersin atau bercakap, titisan air yang dicemari kuman tibi akan tersebar. Jika kita bernafas dalam udara itu, kita akan terdedah kepada jangkitan tibi.

Mereka yang berhubung rapat seperti ahli keluarga dan rakan sekerja pesakit tibi lazimnya paling berisiko untuk menghidapinya.

Tanda-Tanda Penyakit Tibi


Jika seseorang itu dijangkiti kuman tibi, tidak semestinya akan sakit. Terdapat dua bentuk keadaan penyakit ini:

Tibi Laten (tidak aktif): Dalam keadaan ini, individu yang dijangkiti tibi tidak akan mendapat sebarang tanda sakit kerana kuman-kuman tibi akan terpendam dan tidak aktif di dalam badan seseorang, mungkin sehingga ke akhir hayat. Namun, ia menjadi aktif apabila sistem imunisasi gagal menghalang mereka daripada membiak di dalam badan.

Tibi Aktif: Individu yang dijangkiti akan mendapat penyakit tibi sebaik sahaja dijangkiti iaitu, sebelum sistem pertahanan badan mereka sempat melawan kuman-kuman tibi. Bagi sesetengah individu lain pula, hanya akan jatuh sakit beberapa tahun kemudian apabila kuman yang dahulunya diam di dalam badan menerima isyarat daripada daya tahan badan yang lemah dan bertindak balas semula.


Tanda Dan Gejala Tibi Aktif


• Batuk berkahak yang berpanjangan lebih dari 3 minggu
• Batuk berdarah
• Sakit dada ketika batuk atau menghela nafas panjang
• Demam
• Berpeluh pada waktu petang atau malam
• Hilang selera makan
• berat badan menyusut
• Mudah letih dan lemah badan


Tibi juga boleh menjejaskan bahagian lain pada badan anda, termasuk buah pinggang, tulang belakang atau otak. Tanda dan gejala berbeza mengikut organ mana yang dijangkiti bakteria tibi. Contohnya jika jangkitan tibi pada tulang belakang, ditandai dengan sakit belakang. Jika jangkitan tibi di buah pinggang, mungkin menyebabkan darah dalam air kencing.

Langkah Pencegahan Tibi


• Bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG.
• Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun.
• Sekiranya batuk berterusan lebih 2 minggu, segeralah berjumpa doktor untuk menguji kahak.
• Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal bersama pesakit tibi hendaklah tampil memjalani pemeriksaan.

Golongan Berisiko Dijangkiti Tibi


• Penduduk miskin yang tinggal di desa atau di bandar-bandar
• Bayi, kanak-kanak dan warga tua
• pembawa HIV/pesakit AIDS
• Mereka yang mengidap penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, buah pinggang
• Pesakit kanser yang sedang jalani rawatan kimoterapi
• Pesakit yang ambil ubat steroid dalam jangka waktu yang lama
• Mereka yang kekurangan nutrisi

Rawatan Tibi


Rawatan asas bagi penyakit tibi adalah dengan pengambilan ubat. Tetapi, merawat tibi mengambil masa yang lama daripada merawat jenis jangkitan bakteria lain. Pesakit tibi mesti mengambil antibiotik sekurang-kurangnya 6 hingga 9 bulan. Jika rawatan diikuti secara tetap, pesakit berkenaan boleh disembuhkan.

Suplemen Untuk Bantu Pesakit Tibi



Untuk melengkapkan rawatan, pesakit boleh mengamalkan pengambilan suplemen tertentu bagi membantu melengkapkan nutrisi agar badan dapat melawan jangkitan bakteria tibi.

Vivix
• Polifenol yang terkandung dalam vivix mempunyai ciri-ciri anti radang yang boleh membantu mengurangkan keradangan dan membersihkan salur pernafasan.
• Membantu meningkatkan sistem imun tubuh seterusnya membantu badan melawan jangkitan tibi.
• Memperbaiki tahap kesihatan pada tahap sel dan DNA.

Nutriferon
Membantu meningkatkan sistem imun badan dengan cara menggalakkan penghasilan interferon semulajadi di dalam badan.

Garlic Complex
Bertindak sebagai antibiotik semulajadi yang membantu badan melawan jangkitan.


Testimoni






Penyakit tibi sangat mudah berjangkit, hanya melalui udara sahaja. Jangan biarkan kuman tibi merebak dan berjangkit dengan orang sekeliling yang anda sayang. Laburkan sedikit wang untuk kesihatan anda dan kegembiraan orang yang anda sayang.


Benarkah Suplemen Dapat Membantu?
Suplemen hanya makanan tambahan, ia bukan ubat. Tetapi tahukah anda, jika tubuh badan tidak menerima nutrisi yang lengkap, ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan. Jadi, salah satu ikhtiar untuk pulih adalah dengan pengambilan suplemen.

Suplemen Shaklee dibangunkan oleh saintis bertaraf dunia. Kajian landmark study juga telah dijalankan. Shaklee juga merupakan suplemen yang digunakan oleh atlit Olympic dan NASA di angkasa lepas.
Jadi, Shaklee bukan calang-calang suplemen.


JAMINAN KAMI
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
Semulajadi
Berkesan

MEMBELI DENGAN SAYA
Saya Normala Tarmizi pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan consultasi percuma kepada para pelanggan saya.

PENGHANTARAN
Penghantaran melalui pos akan diuruskan oleh pihak Shaklee sama ada menggunakan perkhidmatan GDex, City-Link atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank.

Untuk mendapatkan produk Shaklee, anda mempunyai beberapa cara:
  • belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit.
  • belian di cawangan Shaklee terdekat dengan menggunakan (ID: 1243479)
  • hubungi saya di talian WhatsApp 012-2280104 (Normala Tarmizi) untuk sebarang pertanyaan dan order.
www.wasap.my/60122280104

Untuk pembelian vitamin secara online, sila klik esell di sini

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=11a0674eabe73a56fb088d127536a7d5

Pengedar Shaklee Anda
Normala Binti Mat Tarmizi (Mala)
Shaklee ID: 1243479
WhatsApp: 012-2280104
FB Page: Vitaminstory
Personal FB: Normala Tarmizi
Instagram: malamasya 

TERIMA KASIH

Tiada ulasan:

Catat Komen