Khamis

Cara Mengatasi Psoriasis Dengan Berkesan

Psoriasis adalah sejenis penyakit kulit yang menjadikan kulit tebal, kering, bersisik, tompokan merah, gatal dan kadangkala ianya amat menyakitkan. Ia merupakan salah satu penyakit gangguan imun.

Psoriasis berlaku apabila sel-sel T badan yang sepatutnya bertindak memusnahkan kuman yang memasuki sistem tubuh badan, tetapi sebaliknya memusnahkan sel-sel kulit yang sihat.

Puncanya tidak diketahui dan ianya tidak boleh diubati dengan mudah tetapi kita boleh mengawal masalah ini dengan mengurangkan gejala dan mempercepatkan penyembuhan kulit.


Punca Dan Faktor Pencetus Psoriasis


Punca sebenar Psoriasis tidak diketahui sepenuhnya, tetapi ia dipercayai ada kaitan dengan masalah sistem imun dengan sel-sel dalam badan. Sel tersebut adalah sel darah putih yang dipanggil limfosit T atau T sel.

Kebiasaannya sel T bergerak ke seluruh badan untuk mengesan dan melawan benda-benda asing seperti virus dan bakteria. Bagi mereka yang mempunyai psoriasis, sel-sel T akan menyerang sel-sel kulit yang sihat dengan tidak sengaja, seolah-olah untuk menyembuhkan luka atau melawan jangkitan.

Sel-sel T yang terlalu aktif mencetuskan tindak balas imun yang lain iaitu, mengembangkan pembuluh darah pada kulit disekeliling plak dan peningkatan dalam sel-sel darah putih lain yang boleh memasuki lapisan luar kulit.

Perubahan ini menyebabkan meningkatnya penghasilan sel-sel kulit yang sihat dan lebih banyak sel T dan sel-sel darah putih yang lain. Ini menyebabkan kitaran yang berterusan di mana sel-sel baru bergerak ke lapisan paling luar kulit terlalu cepat hanya dalam tempoh beberapa hari dan bukannya minggu seperti yang sepatutnya.


Kulit mati dan sel-sel darah putih tidak boleh menggelupas dengan cepat. Maka ia akan terkumpul di permukaan kulit dalam bentuk tompokan merah yang tebal dan bersisik. Keadaan ini biasanya tidak akan berhenti sehingga ada rawatan yang mengganggu kitaran tersebut.

Punca yang menyebabkan sel-sel T tidak berfungsi dengan baik pada pengidap psoriasis tidak diketahui dengan jelas. Tetapi para penyelidik percaya ia mungkin disebabkan oleh factor gen dan juga persekitaran.

Beberapa faktor pencetus yang menyebabkan psoriasis bermula dan menjadi lebih teruk ialah:

• Jangkitan kuman
• Kecederaan pada kulit seperti luka, gigitan pepijat atau kulit terbakar(sunburn) yang teruk
• Tekanan perasaan atau stress
• Cuaca sejuk
• Tabiat merokok
• Fungsi hati yang lemah
• Perubahan hormon
• Pengambilan alkohol berlebihan

Sesiapa sahaja boleh mengalami psoriasis, tetapi individu yang mempunyai rantaian genetik ahli keluarga yang mengidap psoriasis, mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengidapnya.

Cara Atasi Psoriasis


Ada beberapa cara untuk mengawal Psoriaisis ini. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil:

1. Dapatkan asid folik

Kajian menunjukkan bahawa pengidap psoriasis mengalami kekurangan vitamin B dipanggil folat atau asid folik. Jadi, amalkan diet makanan yang kaya dengan folat seperti bayam, asparagus, brokoli, avokado, oren, kacang kuda dan kacang merah.

2. Pilih makanan yang kaya Omega-3

Minyak ikan yang mengandungi asid lemak Omega-3 boleh mengurangkan keradangan dan tindak balas imun yang dianggap menjadi punca kepada penebalan kulit psoriasis.

3. Jaga kelembapan kulit

Gunakan krim pelembap di bahagian kulit yang terjejas untuk mengekalkan kelembapan kulit bagi mengelakkan atau melambatkan pembentukan kulit tebal bersisik.

Gunakan alat pelembap udara (humidifier) untuk mengawal kelembapan udara persekitaran bagi mengelak kulit menjadi kering.

4. Dapatkan sumber vitamin D semulajadi

Pendedahan kepada cahaya matahari selama 20 minit membantu mengurangkan simptom psoriasis. Ini kerana cahaya matahari menambah tahap level vitamin D dalam badan.

Vitamin D membantu mengurangkan plak putih dan ketebalan kulit bersisik. Ia juga meningkatkan sistem imun.

5. Berhenti merokok

Merokok memburukkan lagi keadaan psoriasis. Merokok mengganggu keberkesanan vitamin C dalam badan yang menyebabkan kulit menjadi kering.

Cadangan Suplemen Untuk Pesakit Psoriasis



Vivix

• Mengandungi resveratrol yang mempunyai kesan antioksidan yang tinggi.
• Melindungi sel-sel daripada radikal bebas serta memperbaiki sel-sel yang rosak.
• Mempunyai kesan anti radang yang boleh mengurangkan inflamasi dan keradangan.
• Membantu meningkatkan sistem imun seterusnya mengurangkan gejala psoriasis.

B-Complex

Mengandungi kesemua jenis vitamin B termasuk asid folik yang boleh membantu pesakit psoriasis. Bertindak sebagai anti stress.

Omega Guard

Membekalkan asid lemak omega-3 berkualiti tinggi yang boleh mengurangkan keradangan untuk mengawal rasa gatal dan baik untuk membaiki struktur kulit menjadi lebih licin.

GLA Complex

Menstabilkan hormon dalam badan yang membantu mengurangkan gejala psoriasis. Melegakan keradangan dan kegatalan kulit. Membantu memberikan kesihatan kepada kulit dan rambut.

Vitamin E

Menjaga kelembapan kulit dan memperbaiki kerosakan kulit akibat psoriasis. Memudarkan parut.

DTX Complex

Bertindak membantu proses detoksifikasi hati.


TESTIMONI





Bertindak segera untuk atasi psoriasis anda. Hubungi saya untuk dapatkan set vitamin anda. Saya akan bantu anda memilih vitamin terbaik yang sesuai dengan tahap kesihatan anda dan sesuai dengan bajet anda.


Benarkah Suplemen Dapat Membantu?
Suplemen hanya makanan tambahan, ia bukan ubat. Tetapi tahukah anda, jika tubuh badan tidak menerima nutrisi yang lengkap, ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan. Jadi, salah satu ikhtiar untuk pulih adalah dengan pengambilan suplemen.

Suplemen Shaklee dibangunkan oleh saintis bertaraf dunia. Kajian landmark study juga telah dijalankan. Shaklee juga merupakan suplemen yang digunakan oleh atlit Olympic dan NASA di angkasa lepas.
Jadi, Shaklee bukan calang-calang suplemen.

JAMINAN KAMI
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
Semulajadi
Berkesan

MEMBELI DENGAN SAYA
Saya Normala Tarmizi pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan consultasi percuma kepada para pelanggan saya.

PENGHANTARAN
Penghantaran melalui pos akan diuruskan oleh pihak Shaklee sama ada menggunakan perkhidmatan GDex, City-Link atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank.

Untuk mendapatkan produk Shaklee, anda mempunyai beberapa cara:
  • belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit.
  • belian di cawangan Shaklee terdekat dengan menggunakan (ID: 1243479)
  • hubungi saya di talian WhatsApp 012-2280104 (Normala Tarmizi) untuk sebarang pertanyaan dan order. 



Untuk pembelian vitamin secara online, sila klik esell di sini

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=70370fb7bbcf61a2da316dfdc1d42443

Pengedar Shaklee Anda
Normala Binti Mat Tarmizi (Mala)
Shaklee ID: 1243479
WhatsApp: 012-2280104
FB Page: Vitaminstory
Personal FB: Normala Tarmizi
Instagram: malamasya



Tiada ulasan:

Catat Ulasan