Jumaat

RABIES MEMBUNUH




ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA

Harini saya nak syare tentang wabak Rabies. Apa itu Rabies? mari sama-sama kita ambil tahu apa sebenarnya Rabies ni.

Malaysia pernah dikategorikan sebagai negara bebas Rabies selama beberapa tahun. Sehingga 2015, wabak Rabies muncul kembali. Baru-baru ini Rabies muncul di Sarawak dan disyaki tersebar melalui anjing yang datang daripada negara jiran dan sudah tentunya pergerakan mereka tidak terkawal.

Rabies adalah penyakit haiwan membunuh, daripada haiwan kepada manusia yang disebabkan oleh serangan virus Lyssavirus (jenis Rabdovirus) ke atas sistem saraf hingga mengakibatkan kekejangan, lumpuh dan akhirnya mati.

Virus tersebut terdapat pada air liur haiwan yang gila. Ia disebarkan kepada organisma lain melalui gigitan haiwan tersebut atau kontaminasi dari luka terbuka. (eg: jilatan haiwan pada luka) atau bendalir mukus.

  

 Tempoh Pengeraman Virus

(tempoh anda tidak mengalami sebarang simptom) ialah:
1 – 3 bulan (3 – 8 minggu) ATAU seawal 9 hari ATAU selewat-lewatnya 7 tahun.
Namun kebiasaannya, tempoh pengeraman ialah pada 1 – 3 bulan setelah terkena jangkitan.



Haiwan yang biasa dijangkiti

Semua haiwan berdarah panas berisiko untuk dijangkiti dan biasanya terdapat pada raccoon, skunk, musang, monyet dan kelawar. Begitu juga dengan ANJING dan KUCING sekiranya belum di vaksin.
Rabies jarang sekali berlaku pada tikus, hamster atau arnab.
Burung, penyu, cicak, ikan dan serangga TIDAK AKAN dijangkiti.

Gejala lain seperti sukar menelan, air liur banyak keluar dan kegagalan sistem pernafasan yang membawa maut.


Adakah rawatan bagi Rabies?
Rabies hanya dapat di ELAK melalui suntikan vaksin. Namun apabila tanda Rabies muncul, tiada rawatan boleh dilakukan.

 

Jika anda digigit, dicakar atau terkena / tersentuh haiwan


Rawat luka SEGERA.

Basuh dengan sabun atau air sahaja selama beberapa minit.

Sapukan ethanol (70%) atau larutan iodin atau iodin povidone.

Dapatkan rawatan segera ke klinik / hospital terdekat.

Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan terdapat haiwan liar di kawasan kejiranan anda.

Jika Haiwan Peliharaan Anda Digigit, Dicakar atau Terkena / Tersentuh / Berdekatan dengan Haiwan Liar

Jauhi haiwan peliharaan anda dari haiwan liar.

Gunakan sarung tangan untuk memegang haiwan peliharaan yang telah terkena / tersentuh haiwan liar.

Bawa haiwan peliharaan ke klinik veterinar untuk memastikan jangkitan Rabies.

TIPS ELAK RABIES 

        1.     Vaksinkan anjing dan kucing anda.
Anjing dan kucing berusia lebih dari 4 bulan hendaklah divaksinkan untuk mengelakkan    jangkitan Rabies daripada haiwan liar yang lain.

2.       Pastikan haiwan peliharaan anda di bawah kawalan yang ketat kerana haiwan yang berkeliaran lebih berisiko dijangkiti Rabies berbanding yang di jaga rapi.

3.       Elakkan diri dan haiwan peliharaan daripada haiwan yang menyendiri.

4.       Elakkan diri dan haiwan peliharaan daripada mendekati haiwan liar lain (walaupun ia Nampak jinak).

5.       Elakkan memberi makanan pada haiwan liar melalui tangan anda sendiri.

6.       Elakkan mengambil haiwan liar sebagai haiwan peliharaan anda. Ini kerana tiada vaksin atau kuarantin bagi haiwan liar. Seekor rakun atau skunk boleh menjadi pembawa Rabies walaupun dilahirkan di dalam sangkar.

7.       Tong sampah hendaklah di tutup rapi agar tidak menarik minat haiwan liar yang lain.



8.       Jaga kebersihan diri selepas memegang haiwan peliharaan anda.

  Jadi, hati-hatilah bila berjalan. Jangan dekat-dekat dengan haiwan liar. Kalau ada pets, segeralah divaksinkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan