Hari ini, saya mahu kongsikan berkenaan tentang bengkak susu. Masalah yang tidak pernah hilang dan boleh saya katakan dialami oleh hampir setiap ibu menyusu. Sama ada semasa berpantang, selepas berpantang atau apabila mahu berhenti menyusu pun ada.
Bengkak susu terjadi kepada ibu-ibu yang menyusukan bayi apabila saluran susu tersumbat dan mula mengeras seterusnya membengkak.
Faktor Terjadinya bengkak Susu
- Tidak mengosongkan payudara semasa menyusukan bayi.
- Bayi tidak mengisap dengan baik.
- Mengambil masa yang lama di antara dua sesi penyusuan bayi.
- Susu yang dihasilkan terlalu banyak.
- Pam susu tidak efektif mengosongkan payudara.
- Bercerai susu secara tiba-tiba.
- Pemakaian bra yang tidak sesuai atau terlalu ketat.
- Apa-apa yang memberi tekanan kepada payudara untuk tempoh masa yang panjang seperti beg, tali pinggang keledar, dll.
- Teruskan penyusuan.
- Kosongkan payudara.
- Rehat dan tenang.
- Tuam dan urut.
- Tidak pada ubat tahan sakit.
Bahayakah bengkak Susu?
Kebanyakan kes bengkak susu boleh surut dengan sendiri selepas langkah-langkah menangani di ambil. Paling cepat mungkin dua atau tiga hari juga.
Risiko yang bakal dialami oleh ibu termasuklah:
- Demam bengkak susu (boleh menggigil juga)
- Mastitis (jangkitan bakteria pada payudara)
Bagaimana Shaklee membantu mengatasi masalah bengkak susu dengan lebih mudah, cepat dan berkesan?
Doktor sendiri mencadangkan pengambilan makanan yang mempunyai sumber lecithin untuk masalah bengkak susu.
Lecithin adalah bahan semulajadi yang pertama kali ditemui pada kuning telur. Ia juga terdapat di dalam:
- kacang soya
- Bijirin
- Kacang tanah
- Daging (terutamanya hati)
- Susu (terutamanya susu ibu)
Kenapa Lecithin?
- Susu yang tidak dikeluarkan habis akan terkumpul dalam salur susu. Lama kelamaan susu yang tidak dikeluarkan akan mendap dan terjadi ketulan (ketulan itu berupa lemak).
- Lecithin berfungsi untuk menguraikan lemak pada salur susu yang berupa ketulan. Dapat kurangkan bengkak dan kesakitan.
- Pengambilan 1200 mg Lechitin 3 ke 4 kali sehari dapat membantu dalam mengelakkan dan merawat bengkak susu.
Sekian sahaja perkongsian saya. Semoga beroleh manfaat dan dapat membantu ibu-ibu di luar sana.
Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnose,
merawat, menyembuh atau mencegah penyakit tertentu. Tetapi produk nutrisi yang
membantu badan melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan seterusnya
membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik.
Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh WhatsApp Mala
012-2280104 sekarang. Dan anda boleh rasakan sendiri kebaikannya...
Atau...
Walk-in terus Ke Cawangan Shaklee yang Berdekatan: Jika anda
tinggal berdekatan dengan cawangan Shaklee, anda boleh terus ke cawangan
Shaklee yang berdekatan dengan menggunakan ID saya: 1243479 [Normala
Mat Tarmizi]
Pengedar Shaklee Anda
Normala Binti Mat
Tarmizi (Mala)
WhatsApp: 012-2280104
Personal FB: NormalaTarmizi
Instagram: malamasya
TERIMA KASIH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan