Isnin

Cara Atasi Kencing Manis / Diabetes

Penyakit kencing manis atau juga dipanggil diabetes adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin. Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas. 

Tugas insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel. Sekiranya anda mengalami diabetes, glukos tidak boleh memasuki ke dalam sel. Ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos tinggi.


Terdapat dua jenis diabetes:
Diabetes jenis 1 - Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus (berganting pada insulin).
  • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja.
  • Tubuh tidak dapat menghasilkan insulin.
Diabetes jenis 2 - Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus (tidak bergantung pada insulin).
  • Jenis paling biasa ditemui, 90% pengidap diabetes adalah jenis ini.
  • Biasanya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.




Tanda-Tanda Anda Mengidap Diabetes

Penyakit diabetes berlaku secara senyap, terutama pada peringkat awal. Gejala yang biasa dialami ialah:
  • Rasa haus atau dahaga yang berlebihan.
  • Badan sering berasa letih.
  • Berat badan menurun.
  • Penglihatan menjadi kabur.
  • Otot-otot menjadi lemah.
  • Gatal-gatal pada badan.

Gejala lain termasuklah:
  • Mengidap penyakit kulit yang berpanjangan.
  • Luka yang lambat sembuh.
  • Kerap kencing.
  • Gatal-gatal pada bahagian kemaluan.
  • Rasa kebas.



Risiko Mendapat Diabetes

Pengidap diabetes boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak mengira umur. Anda mempunyai risiko yang tinggi jika mempunyai tanda-tanda berikut:
  • berumur 35 tahun atau lebih. Semakin berusia, semakin tinggi risiko untuk mendapat diabetes.
  • Berat badan berlebihan atau obesiti. Semakin berat badan bertambah, semakin berisiko untuk mendapat diabetes.
  • Impaired glucose tolerance (IGT) iaitu gangguan kadar gula dalam darah.
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.
  • Ada sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  • Pernah melahirkan bayi yang besar (berat kelahiran bayi adalah 4 kg atau lebih).
  • Tekanan darah tinggi.
  • Gaya hidup sedentari yang tidak aktif bergerak.
  • Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang makanan berserat.
  • Tahap lemak / kolesterol dalam badan tinggi.

Komplikasi Diabetes

Sekiranya kandungan gula dalam darah yang tinggi masih berpanjangan boleh mendatangkan komplikasi pada organ lain. Ia menyebabkan kerosakan organ jangka panjang. Di antaranya adalah seperti:
  • katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta.
  • Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki di mana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka dan gangrene. 
  • Serangan angin ahmar.
  • Kegagalan buah pinggang.
  • Sakit jantung.

Cara Elak Dari Mendapat Diabetes

Mengawal pengambilan makanan
Amalkan makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah.

Bersenam
Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih bekesan. Senaman juga dapat membantu mengurangkan berat badan.

Ubat-ubatan 
  • Pengidap diabetes jenis 1 - memerlukan suntikan insulin. 
  • Pengidap diabetes jenis 2 - mungkin hanya perlu mengambil ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengahnya mungkin memerlukan suntikan insulin.

Penjagaan Secara Umum 
Anda boleh menjaga diri anda sendiri dengan penjagaan secara umum ini seperti:

Penjagaan kulit
  • Mandi setiap hari.
  • Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna.
  • Jika terdapat luka atau calar, rawat dengan segera.
  • Berjumpa dengan doktor sekiranya luka masih tidak sembuh selepas 2-3 hari.
Penjagaan kaki
  • Cuci kaki setiap hari.
  • Keringkan kaki dengan sempurna terutama bahagian celah-celah jari kaki.
  • Periksa kaki samaada terdapat luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.
  • Potong kuku jari kaki secara lurus.
  • Stokin di tukar setiap hari.
  • Jangan berjalan tanpa kasut di luar rumah.
  • Memakai kasut yang lembut dan sesuai.
Mengawasi diri sendiri
  • Anda digalakkan melakukan pengawasan glukosa dalam darah sendiri. Ini boleh memberitahu keberkesanan cara anda mengawal diabetes.
Penjagaan lain seperti: Penjagaan gigi
Kerap menjalani pemeriksaan mata
Berhenti merokok

Cara Elakkan Diri Dari Mendapat Diabetes 
Diabetes boleh di elak dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan kawal pengambilan kalori dalam makanan dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Bersenam dapat memperbaiki kecergasan dan membakar kalori. Dengan itu, dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Bersenam dapat mengurangkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan lebih baik.

Obesiti mempunyai hubung kait dengan diabetes. Jadi, kekalkan berat badan yang unggul.

Fungsi Suplemen Terhadap Diabetes
Vivix

Resveratrol dalam vivix merupakan antioksidan yang tinggi yang melindungi sel-sel badan dari kerosakan akibat radikel bebas. Resveratrol juga telah terbukti dalam kajian klinikal yang mampu mengawal tahap glukosa dalam darah. Membantu meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap insulin. 

Membantu mengaktifkan enzim SIRT1. Enzim SIRT1 merupakan enzim yang bertanggunjawab terhadap rembesan hormon insulin dan tahap sensitivitinya. 

ESP

Isoflabones dalam protein soya membantu mengurangkan risiko diabetes. Berindex glisemik (GI) rendah. Sangat sesuai untuk pesakit diabetes. ESP juga membekalkan tenaga dan memberi rasa kenyang.

VITALEA

Imbangan vitamin dan mineral yang lengkap. Mengandungi chromium yang penting untuk pesakit diabetes jenis 2 yang mengalami kekurangan chromium yang menyebabkan pengambilan gula ke dalam sel menjadi kurang efektif.

GLA COMPLEX

Memberi kesan positif kepada diabetic neuropathy. Berfungsi sebagai anti-inflamasi.

ALFALFA COMPLEX

Sumber serat yang membantu menstabilkan gula dalam darah selain membantu dalam menyahtoksik.

Vitamin C

Mengukuhkan kapilari dan salur darah. Nutrien penting dalam penyembuhan luka.




Disclamer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnose, merawat, menyembuh atau mencegah penyakit tertentu. Tetapi produk nutrisi yang membantu badan melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan seterusnya membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik.

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh WhatsApp Mala 012-2280104 sekarang dan anda boleh rasakan sendiri kebaikannya..

Atau…

Walk-in terus ke Cawangan Shaklee yang berdekatan dengan menggunakan ID saya: 1243479 [Normala Mat Tarmizi] 
www.wasap.my/60122280104

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c8434d414985cf5309a1c496e9eb8e94

Pengedar Shaklee Anda
Normala Binti Mat Tarmizi (Mala)
Shaklee ID: 1243479
WhatsApp: 012-2280104
Personal FB: Normala Tarmizi
Instagram: malamasya

 TERIMA KASIH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan