Jumaat

PUNCA PENDARAHAN SEMASA HAMIL DAN CARA MENGATASINYA

Pendarahan semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya semasa trimester pertama. Biasanya ia tidak perlu dibimbangkan.

Tetapi oleh kerana pendarahan kadang-kadang boleh menjadi tanda sesuatu yang serius, adalah penting untuk mengetahui kemungkinan penyebab dan dapatkan pemeriksaan oleh doktor anda untuk memastikan anda dan kandungan anda sihat.


Pendarahan Pada Trimester Pertama
Kira-kira 20% daripada wanita mengalami sedikit pendarahan dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan.

Punca-punca Yang Mungkin Menjadi Penyebab

1. Pendarahan Implantasi / Penempelan

Anda mungkin mengalami pendarahan biasa dalam tempoh 6 hingga 12 hari pertama selepas anda hamil kerana telur yang telah disenyawakan menempel sendiri pada lapisan rahim.

Sesetengah wanita tidak menyedari mereka mengandung kerana mereka menyangka pendarahan ini adalah kedatangan haid yang sedikit.

Biasanya pendarahan adalah sangat sedikit seperti tompokan coklat atau pink dan tahan lebih lama dari beberapa jam ke beberapa hari.


2. Keguguran

Keguguran biasanya berlaku dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan. Ia cenderung untuk menjadi salah satu punca utama pendarahan semasa trimester pertama.

Kira-kira separuh daripada wanita yang mengalami pendarahan semasa kehamilan akhirnya keguguran. Tetapi ini tidak bermakna bahawa jika anda mengalami pendarahan, anda akan keguguran, terutamanya jika anda tidak mempunyai apa-apa simptom lain keguguran.

Simptom lain keguguran adalah keadaan kekejangan yang kuat di bahagian bawah abdomen dan terdapat cebisan tisu atau ketulan darah yang keluar.

3. Kehamilan Ektopik

Kehamilan ektopik adalah keadaan di mana embrio yang telah disenyawakan menempel atau implantasi di luar rahim, biasanya dalam tiub fallopio.

Jika embrio terus membesar, ia boleh menyebabkan tiub fallopio pecah dan boleh mengancam nyawa ibu tersebut.

Walaupun kehamilan ektopik adalah berbahaya, ia hanya berlaku pada kira-kira 2% daripada kehamilan.

Ektopik pregnancy ini jarang berlaku. Jika di peringkat awal masih boleh diselamatkan. Jika sudah pecah tiub fallopio kemungkinan perlu di buang sebahagian.


4. Kehamilan Molar

Kehamilan molar (juga dipanggil penyakit kehamilan trophoblastic) adalah satu keadaan yang sangat jarang berlaku, di mana tisu yang tidak normal tumbuh di dalam rahim bukannya pada bayi.

Dalam sesetengah kes-kes yang jarang berlaku, tisu tersebut adalah sel-sel kanser dan boleh merebak ke bahagian badan yang lain.


5. Perubahan Serviks

Semasa mengandung, lebih banyak darah mengalir ke serviks. Apa sahaja sentuhan atau geselan pada pangkal rahim, boleh mencetuskan pendarahan. Walaubagaimanapun, jenis pendarahan ini tidak membimbangkan.

6. Jangkitan

Apa-apa jangkitan serviks, faraj atau jangkitan kelamin seperti chlamydia, gonorrhea atau herpes boleh menyebabkan pendarahan pada trimester pertama.

Pendarahan Pada Trimester Kedua dan Ketiga

Pendarahan tidak normal di peringkat akhir kehamilan mungkin lebih serius kerana ia boleh memberi tanda-tanda masalah yang mungkin akan dialami ibu atau bayi.

Berjumpalah doktor anda secepat mungkin jika anda mengalami sebarang pendarahan pada trimester kedua atau ketiga.

Punca Pendarahan Semasa Akhir Kehamilan

1. Plansenta Previa

Keadaan ini berlaku apabila plasenta terletak rendah di rahim dan sebahagian atau sepenuhnya meliputi pembukaan saluran kelahiran.

Plasenta previa adalah sangat jarang berlaku dalam trimester ketiga. Ianya berlaku dalam hanya satu dalam 200 kehamilan.

Pendarahan plasenta previa boleh jadi menyakitkan dan memerlukan rawatan doktor dengan segera.


2. Plasental Abruption

Plasental abruption adalah keadaan serius di mana plasenta terpisah sepenuhnya atau separa daripada dinding uterus sebelum bayi anda dilahirkan.

Keadaan ini boleh menyebabkan bayi anda terputus bekalan nutrien dan oksigen. Lebih serius lagi ia boleh menyebabkan pendarahan yang teruk dan membahayakan nyawa ibu dan bayi.

Statistik menunjukkan plasental abruption berlaku dalam kira-kira satu dalam 150 kehamilan. Biasanya ia berlaku pada trimester ketiga tetapi boleh berlaku bila-bila masa selepas 20 minggu kehamilan.


3. Rahim Pecah

Dalam kes-kes yang jarang berlaku, parut dari kelahiran secara pembedahan (caserean c-section) sebelum ini boleh terbuka semasa mengandung. Rahim pecah boleh mengancam nyawa ibu dan bayi. Jika keadaan ini berlaku kepada anda, pembedahan (ceaserean c-section) kecemasan perlu dilakukan.

Simptom lain rahim pecah adalah kesakitan dan ketegangan di dalam abdomen.

4. Kelahiran Pramatang

Pendarahan vagina di akhir kehamilan mungkin boleh menjadi tanda bahawa badan anda telah bersedia untuk bersalin. Beberapa hari atau minggu sebelum bersalin, mukus plug yang meliputi pembukaan rahim akan keluar dari vagina dan ia biasanya akan mempunyai sejumlah kecil di dalamnya (ini dikenali sebagai "bloody show").

Jika pendarahan dan simptom bersalin bermula sebelum minggu ke -37 kehamilan, hubungi doktor anda dengan segera kerana anda mungkin akan melahirkan bayi pramatang.

Simptom lain kelahiran pramatang termasuk kontraksi, keputihan (vaginal discharge), tekanan pada perut dan sakit di belakang berhampiran pinggang.


Sebab-sebab lain pendarahan semasa hamil di trimester kedua dan ketiga adalah:
  • Kecederaan pada faraj
  • Polip
  • Kanser
Jika anda ada tanda-tanda ini, segeralah berjumpa dengan doktor supaya pengesanan awal dapat mengelakkan situasi yang lebih serius atau mengancam nyawa.
  • Sakit yang teruk atau kekejangan yang melampau di bahagian bawah perut.
  • Pendarahan yang teruk, sama ada sakit atau tidak.
  • Vaginal discharge yang mengandungi tisu.
  • Pening atau pengsan.
  • Demam lebih daripada 38 darjah celcius dan / atau kesejukan.

SET KEHAMILAN SHAKLEE 

Supplemen Shaklee bukanlah ubat. Sangat disarankan jika ambil set kehamilan ini bila disahkan hamil untuk mendapatkan nutrisi terbaik ibu dan anak. Lebih bagus jika diambil sebagai persediaan kehamilan.


Sustained Release Vita-C Plus
Vitamin C semulajadi untuk kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan hampir kesemua elemen yang membentuk tubuh badan kita.

Omega Guard
Membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molikul tiga peringkat.

Vita-Lea Iron Formula
Memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum.

B-Complex With Folic Acid
Membekalkan kesemua lapan vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh anda, melengkapi jurang nutrisi vitamin B.
Pengambilan asid folik yang mencukupi telah terbukti dapat mengurangkan risiko wanita daripada melahirkan bayi yang mengalami kecacatan otak dan saraf tunjang.

OsteMatrix
Diformulasi dengan kalsium, vitamin D, magnesium dan empat nutrien pembina tulang untuk membantu menjaga tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

ESP
Makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.
Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.


Disclamer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnose, merawat, menyembuh atau mencegah penyakit tertentu. Tetapi produk nutrisi yang membantu badan melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan seterusnya membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik.

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh WhatsApp Mala 012-2280104 sekarang dan anda boleh rasakan sendiri kebaikannya..

Atau…

Walk-in terus ke Cawangan Shaklee yang berdekatan dengan menggunakan ID saya: 1243479 [Normala Mat Tarmizi]

www.wasap.my/60122280104

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=736b082652155bc16cc2571e73cbbd0a

Pengedar Shaklee Anda
Normala Binti Mat Tarmizi (Mala)
Shaklee ID: 1243479
WhatsApp: 012-2280104
Personal FB: Normala Tarmizi
Instagram: malamasya

 TERIMA KASIH

Tiada ulasan:

Catat Komen