Vertigo adalah gejala dengan sensasi diri atau rasa berputar di sekitar yang berlaku secara tiba-tiba. Terdapat keadaan ringan dari vertigo dan tidak terlalu ketara dan ada yang teruk sehingga menghalang rutin harian seseorang.
Serangan Vertigo mungkin berbeza-beza, bermula dari pening yang ringan dan muncul secara berkala hingga teruk dan berpanjangan. Serangan yang teruk boleh berlanjutan selama beberapa hari sehingga pesakit tidak dapat bergerak secara normal.
Jenis-Jenis Vertigo
Tanda-Tanda Serangan Vertigo
- Vertigo occularis - rasa berpusing-pusing akibat gangguan saraf di sekitar mata.
- Vertigo nocturna - rasa seolah-olah hendah jatuh semasa hendak tidur.
- Vertigo laryngea - tubuh rasa berpusing-pusing akibat daripada serangan batuk.
- Vertigo epileptica - keadaan berpusing setelah mengalami serangan sawan.
- Vertigo positional - serangan vertigo mendadak yang menyerang kurang dari satu minit. Pencetusnya seperti perubahan posisi kepala ketika seseorang itu berpaling kebelakang atau ketika berbaring, bangun dan berguling di tempat tidur.
Tanda-Tanda Serangan Vertigo
- Merasa diri atau persekitaran berpusing-pusing.
- Gerakan mata yang tidak normal.
- Rasa berdebar-debar.
- Telinga berdengung.
- pandangan mata kabur.
- Rasa mual tekak dan hendak muntah.
- Badan berpeluh walaupun dalam keadaan rehat.
- Nadi berdenyut dengan cepat.
- Apabila berjalan rasa seperti tidak boleh mengimbang badan.
- Telinga tidak dapat menangkap butiran percakapan seolah-olah hilang pendengaran.
Faktor Terjadinya Vertigo
- Amalan pemakanan yang tidak sihat seperti tinggi kolestrol, gula dan lemak.
- Tabiat merokok.
- Migrain yang disebabkan oleh perubahan tekanan darah (hipertensi), kurang tidur dan pengambilan alkohol yang berlebihan.
- Gangguan fungsi otak kerana kurangnya aliran darah menuju ke otak. Ini menyebabkan kurangnya oksigen yang di angkut ke seluruh tubuh. Sistem pembuluh darah dan saraf terganggu.
- Berlaku radang dan jangkitan telinga sehingga menyebabkan gangguan kepekatan cairan pada organ telinga. Akhirnya tubuh tidak dapat keseimbangan.
- Gangguan saraf di sekitar mata yang menyebabkan sistem keseimbangan tubuh terganggu.
- Boleh juga berlaku akibat mabuk darat atau mabuk laut. Pergerakan persekitaran yang mengganggu keseimbangan tubuh.
- Gangguan neurologis yang disebabkan oleh sklerosis, tumor otak atau tumor yang menyerang saraf.
Tips Hadapi Serangan Vertigo
- Bertenang, baring dan berehat.
- Elakkan bangun secara tergesa-gesa.
- Bila terasa mual dan hendak muntah, teruskan sahaja.
- Sekiranya mengalami Muntah-muntah, minum air setiap 10 minit bagi mengelakkan dehidrasi.
Supplemen Shaklee Yang Dapat Membantu Pengidap Vertigo
Vivix sangat tinggi dengan kandungan antioksidan. Membantu memulihkan kesihatan tubuh hingga ke peringkat sel. Kajian telah menunjukkan bahan utama dalam vivix dapat melindungi dan membaikpulih sel-sel DNA yang rosak. Vivix ini akan membantu membaiki keadaan tidak normal dalam tubuh seseorang, termasuklah pengidap Vertigo.
PERFORMANCE DRINK
mengekalakan bendalir dalam badan.
Mengelakkan dehidrasi.
Membekalkan tenaga segera.
TESTIMONI
Disclamer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnose, merawat, menyembuh atau mencegah penyakit tertentu. Tetapi produk nutrisi yang membantu badan melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan seterusnya membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik.
Jika anda
ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh WhatsApp Mala 012-2280104
sekarang dan anda boleh rasakan sendiri kebaikannya..
Atau…
Walk-in
terus ke Cawangan Shaklee yang berdekatan dengan menggunakan ID saya: 1243479
[Normala Mat Tarmizi]
Pengedar Shaklee Anda
Normala Binti Mat Tarmizi (Mala)
Shaklee ID: 1243479
Shaklee ID: 1243479
WhatsApp: 012-2280104
Personal FB: Normala Tarmizi
Instagram: malamasya
TERIMA KASIH
Gangguan
atau penyakit vertigo ini akan menyerang apabila terdapatnya gangguan
pada bahagian dalam telinga dan juga penglihatan seseorang. Gangguan
dalam telinga ini dipercayai berlaku disebabkan oleh cecair yang
terkumpul dan perubahan tekanan dalam telinga. Ia boleh menyebabkan kita
menjadi pekak dan tak boleh berdiri dengan betul kerana kehilangan
keseimbangan.
Read more http://www.celikvitamin.com/blog/tanda-tanda-anda-mengalami-penyakit-vertigo/
Read more http://www.celikvitamin.com/blog/tanda-tanda-anda-mengalami-penyakit-vertigo/
Gangguan
atau penyakit vertigo ini akan menyerang apabila terdapatnya gangguan
pada bahagian dalam telinga dan juga penglihatan seseorang. Gangguan
dalam telinga ini dipercayai berlaku disebabkan oleh cecair yang
terkumpul dan perubahan tekanan dalam telinga. Ia boleh menyebabkan kita
menjadi pekak dan tak boleh berdiri dengan betul kerana kehilangan
keseimbangan.
Read more http://www.celikvitamin.com/blog/tanda-tanda-anda-mengalami-penyakit-vertigo/
Read more http://www.celikvitamin.com/blog/tanda-tanda-anda-mengalami-penyakit-vertigo/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan