Bangun pagi je, sakit tumit..
Sakit tumit je, waktu pagi..
Aduii hai..
umur dah lanjut..
Itulah di antara keluhan mereka yang menghadapi masalah sakit tumit. kadang-kadang ada yang memang teruk sampai nak pijak pun tak boleh.. sakit sangat.
Sakit tumit boleh di definisi dengan pelbagai punca. Namun begitu, punca yang paling biasa ialah 'Calcaneal Spurr'. Jika x-ray dilakukan, apa yang kita nampak ialah tulang kecil yang tumbuh di tulang tumit.
Calcaneal spurr ialah tulang kecil (born spurr) yang tumbuh pada tulang tumit (tulang calcaneum). Pertumbuhan spurr ini berlaku secara fisiologi akibat geseran dan tekanan yang berpanjangan dan berterusan antara tulang calcaneum dan tisu serat sekitarnya. Ini akan merangsang pertumbuhan spurr yang tidak mengikut 'alligment' tulang asal. Spurr akan tumbuh umpama duri di dahan, menekan tisu serat dan otot di tapak kaki.
Semasa tidur atau duduk dan berdiri lama, spurr akan menekan tapak kaki di satu titik yang sama. Ini akan mengakibatkan kawasan berkenaan tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang sepatutnya dan menimbulkan kesakitan.
Dengan pergerakan, spurr tadi tidak lagi duduk di titik tetap. Kawasan tersebut mula mendapat bekalan darah dan oksigen yang sepatutnya dan kesakitan akan mula hilang.
Kebiasaannya jika pesakit berjumpa dengan doktor, doktor akan:
- Membekalkan ubat tahan sakit.
- Merujuk pesakit pada Jabatan Fisioterapi (untuk mengurangkan kesakitan).
- Memberi sedikit petua untuk pesakit apabila di rumah.
Apabila bangun tidur, jangan terus bangun untuk menapak, tetapi mulakan dengan senaman tapak kaki.
Pusing dan gerakkan pergelangan kaki beberapa kali. Dengan cara ini, bekalan darah dan oksigen akan mula sampai ke kawasan yang di tekan spurr tadi.
Begitu juga apabila mahu memulakan pergerakan dari duduk dan berdiri yang lama.
Mulakan menapak dengan hujung kaki (bukan tumit) dengan perlahan dan berjalan seperti biasa.
Rendam kaki dengan air suam (terpulang jika mahu merendam dengan air suam campuran herba dan sebagainya).
Kadang-kadang ada sesetengah kes, doktor akan sarankan suntikan anti keradangan untuk yang tahap kes yang terlalu sakit.
Suntikan steroid adalah berkesan untuk melegakan sakit tetapi tidak boleh dilakukan dengan terlalu kerap kerana boleh menyebabkan raptur plantar sascia.
Punca Sakit Tumit:
➤ Sakit tumit juga seringkali terjadi kepada golongan wanita kerana mereka gemar memakai kasut bertumit tinggi dalam jangka masa yang lama. Tetapi tidak semua, ada yang memang hari-hari pakai flat shoe sahaja tetapi masih boleh terkena sakit tumit.
➤ Pemilihan kasut yang tidak betul seperti tiada penyokong lengkungan tapak kaki.
➤ Berdiri ataupun berjalan terlalu lama.
➤ Masalah tapak kaki rata, tapak kaki terlalu melengkung atau aktiviti fizikal seperti berlari yang boleh mencetuskan radang dan kesakitan pada fascia seperti yang selalu terjadi kepada ahli sukan di mana akan berlaku hentakan pada tumit akibat terlalu banyak berlari.
➤ Obesiti atau berlebihan berat badan. Tumit tidak mampu untuk menampung berat badan.
➤ Tekanan pada saraf di bahagian tapak kaki.
➤ Kecederaan tulang seperti retak.
➤ Aktiviti senaman yang berlebihan.
➤ Radang sendi (arthritis) yang berdekatan dengan Plantar Fascia.
➤ Menghidap kencing manis.
➤ Proses penuaan menyebabkan lapisan lemak dan tisu mula mengecut.
➤ Kekurangan vitamin yang membantu untuk kesihatan tapak tumit serta sendi.
➤ Kekejangan otot betis, sakit tulang belakang dan juga penggunaan terlalu banyak otot-otot betis.
➤ Penyakit tulang belakang juga antara punca sakit tumit di mana jika terkena pada urat saraf tulang belakang, ia boleh menjalar hingga ke tumit kaki.
Sakit tumit memang biasa menyerang kalau kita tidak amalkan gaya hidup sihat di samping mengekalkan berat badan ideal.
Jadi, daripada kita ambil suntikan steroid, lebih baik kita atasinya secara semulajadi dengan produk Shaklee.
Omega Guard
Minyak ikan terbaik yang kaya dengan sumber omega 3 (termasuk EPA & DHA). Asid lemak omega 3 dapat membantu mengurangkan keradangan pada tapak dan tumit kaki.
Ostematrix
Mengandungi kalsium dan magnesium untuk menghindarkan kerapuhan pada tulang dan menguatkan jisim tulang.
Jika diamalkan secara konsisten, insyaAllah sangat membantu.
Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnose,
merawat, menyembuh atau mencegah penyakit tertentu. Tetapi produk nutrisi yang
membantu badan melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan seterusnya
membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik.
Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh WhatsApp Mala
012-2280104 sekarang. Dan anda boleh rasakan sendiri kebaikannya...
Atau...
Walk-in terus Ke Cawangan Shaklee yang Berdekatan: Jika anda
tinggal berdekatan dengan cawangan Shaklee, anda boleh terus ke cawangan
Shaklee yang berdekatan dengan menggunakan ID saya: 1243479 [Normala
Mat Tarmizi]
Pengedar Shaklee Anda
Normala Binti Mat
Tarmizi (Mala)
WhatsApp: 012-2280104
Personal FB: NormalaTarmizi
Instagram: malamasya
TERIMA KASIH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan