Rabu

Nephrotic Syndrome atau Buah Pinggang Bocor

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA

Anda mesti pernah dengar penyakit buah pinggang bocor. Ia dikenali sebagai Nephrotic Syndrome atau kencing berbuih.

Di dalam buah pinggang yang normal, glomeruli iaitu sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk menghalang albumin (sejenis protein) daripada terkeluar ke dalam air kencing.


Jika glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor, akan menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini di panggil PROTEINURIA. Ini akan menyebabkan badan kehilangan banyak protein.

Nephrotic Syndrome ialah satu sindrom klinikal yang menunjukkan ciri-ciri berikut:
  • Muka sembab, bengkak anggota badan (edema)
  • Penurasan protein dalam air kencing (proteinuria) melebihi 3 g/sehari
  • Paras serum protein/albumin (hypoalbuminemia) rendah
  • Paras kolesterol yang tinggi (hypercholesterolemia)

Pengeluaran protein melalui air kencing atau PROTEINURIA menyebabkan badan akan kehilangan banyak protein dari dalam darah atau HYPOALBUMINEMIA. 

Kekurangan protein di dalam salur darah menyebabkan AIR keluar dari dalam salur darah ke dalam tisu badan. Ini menyebabkan kebengkakan muka, tangan dan kaki yang di panggil EDEMA atau bengkak air.

Hati juga mula menghasilkan lebih banyak lemak di dalam darah sebagai reaksi kehilangan protein, maka terjadilah HYPERLIPIDIDEMIA atau lemak berlebihan di dalam darah.

Nephrotic Syndrome menyebabkan pengidapnya menjadi lemah dan tidak bermaya. Kencing mereka menjadi berbuih-buih. Mata dan muka kelihatan bengkak pada waktu pagi setelah bangun dari tidur dan kaki kelihatan bengkak pada waktu petang akibat berdiri. Perut kembung, sakit perut dan cirit-birit juga boleh berlaku.



RAWATAN SECARA KLINIKAL
  
- Pada kebiasaannya, ubat steroid iaitu prednisolone diberikan mengikut berat badan sehingga tiada protein di dalam air kencing. Kemudian, dos ubat ini akan dikurangkan dengan perlahan-lahan.

- Sekiranya muka dan badan bengkak air sehingga boleh mengancam nyawa, maka diuretics atau ubat kencing akan diberikan mengikut kes-kes dan berhati-hati.

- Protein albumin akan dimasukkan ke dalam salur darah untuk meningkatkan albumin di dalam darah dan hanya diberikan kecuali di dalam kes-kes tertentu. Pada kebiasaannya ia tidak diberi.

- Antibiotik akan di beri sekiranya terdapat jangkitan.

- DIET - Pengambilan garam perlu di kawal. Jangan mengambil garam berlebihan. Pengambilan air juga hendaklah di kawal mengikut kes terutama yang mengalami bengkak air (Edema) yang teruk.
Walau bagaimanapun, air tidak perlu di kawal keterlaluan di dalam kes-kes biasa. Pengambilan kalori dan protein yang baik adalah penting untuk pengidap penyakit nephrotic.

Jadi, untuk produk Shaklee, apa yang paling sesuai disarankan tentunya:

Vivix

Resveratrol dalam Vivix ini sangat tinggi antioksidan. Hebatnya resveratrol ini sehingga ia berupaya menutralkan radikal bebas dalam badan kita. Dengan Vivix, tambah kebaikan dalaman dan tingkatkan sistem imunisasi badan untuk melawan penyakit.

Kanak-kanak juga berpotensi untuk mengalami masalah ini. jadi jaga anak-anak kita dengan baik. Yang penting pemakanan perlu di jaga. Berilah vitamin yang sesuai untuk elakkan dari terkena nephrotic syndrom ini.







Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnose, merawat, menyembuh atau mencegah penyakit tertentu. Tetapi produk nutrisi yang membantu badan melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan seterusnya membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik.





Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh WhatsApp Mala 012-2280104 sekarang. Dan anda boleh rasakan sendiri kebaikannya...

Atau...
Walk-in terus Ke Cawangan Shaklee yang Berdekatan: Jika anda tinggal berdekatan dengan cawangan Shaklee, anda boleh terus ke cawangan Shaklee yang berdekatan dengan menggunakan ID saya: 1243479  [Normala Mat Tarmizi]
www.wasap.my/60122280104
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=dbaf53621ccb49960fd0a32093c38be2





Pengedar Shaklee Anda

Normala Binti Mat Tarmizi (Mala)

WhatsApp: 012-2280104

Personal FB: NormalaTarmizi 

Instagram: malamasya



TERIMA KASIH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan