Rabu

Teknik Power Pumping Tips Tambah Susu Ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Power pumping merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik rutin mengepam seperti yang lazim anda lakukan setiap hari dalam cara yang lebih unik. 

Ideanya adalah untuk meniru corak bayi menyusu secara tak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.


Siapa yang perlukan Power Pumping?
  1. Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu - akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepam dan lain-lain.
  2. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu.
  3. Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan.

Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single Pump
Pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri 10 minit, 
tukar pula ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar-tukar setiap 10 minit berterusan selama 1 jam.



Untuk Double Pump
Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat/stop pam 10 minit, 
sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam. 



Waktu sesuai lakukan Power Pumping

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu (prolaktin) sangat tinggi pada waktu ini. 

Berapa lama masa diambil untuk dapatkan hasilnya?

Perlu diingat bahawa tiada magik dalam apa jua tips yang anda buat untuk menambah susu badan. Semuanya memerlukan masa. Perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping ini. 

Power Pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1-2 minggu. Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau 'pam angin' semata-mata, teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Paling elok jika buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Apabila semakin banyak demand, susu pun akan semakin banyak.

Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal untuk bayi tercinta. 

Testimoni ibu-ibu hebat yang tabah melakukan Teknik Power Pumping ini dan dalam masa yang sama mengamalkan Set Penyusuan Shaklee.




Set penyusuan Shaklee



ESP (Energizing Soy Protein) 
  • Mengandungi isoflavone yang bertindak seperti hormon estrogen. Membantu dalam meningkatkan penghasilan susu.
  • Merupakan protein soya yang diperbuat dari soya non GMO yang mempunyai 9 asid amino yang diperlukan oleh badan kita.
  • Membuatkan ibu lebih bertenaga dan menjadikan susu badan lebih meriah. Bonusnya ibu dan baby mendapat kulit yang cantik. Baby pun kenyang.

Alfalfa Complex
  • Terkenal dengan herba yang moden. Merupakan milkbooster yang hebat.
  • Kaya dengan kalsium dan serat.
  • Membuatkan sistem badan lebih lancar dan memeriahkan susu + memekatkan susu badan.
  • Sebagai perapat yang membantu atasi masalah dalaman wanita.
  • mengatasi masalah keputihan.
  • Sebagai ejen detox. Membuang segala toksin dan menjadikan badan lebih segar.

Ostematrix
  • Ia adalah sumber kalsium.
  • Kalsium merupakan sumber asas untuk penghasilan susu dan juga penting untuk ibu serta baby.
  • Ibu menyusu memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg- 1200mg sehari untuk menampung keperluan kalsium ibu dan baby.

Untuk mendapatkan produk Shaklee, anda mempunyai beberapa cara:
  • belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit.
  • belian di cawangan Shaklee terdekat dengan menggunakan (ID: 1243479)
  • hubungi saya di talian WhatsApp 012-2280104 (Normala Tarmizi) untuk sebarang pertanyaan dan order.
www.wasap.my/60122280104

Untuk pembelian vitamin secara online, sila klik esell di sini

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=1e95f2352f054556ff064e8fda5fa059


Pengedar Shaklee Anda
Normala Binti Mat Tarmizi (Mala)
Shaklee ID: 1243479
WhatsApp: 012-2280104
Personal FB: Normala Tarmizi
Instagram: malamasya

 TERIMA KASIH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan