Selasa

Cara Cepat Tambah Berat Badan Dengan Sihat, Selamat dan Berkesan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setiap orang tentu sahaja mendambakan berat badan yang sempurna dan ideal. Jika badan terlalu kurus, pasti ia akan merungsingkan anda kerana anda dianggap sebagai orang yang tidak sihat dan badan kekurangan zat.

Tidak semua orang memiliki berat badan ideal sekiranya tidak menjaga kesihatan. Ada yang mengalami berat badan berlebihan dan ada juga yang mempunyai berat badan kurang dari paras normal.



Cara Untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI)

Terdapat satu formula yang digunakan untuk mengira BMI badan.


Anda dikira kurang berat badan (underweight) jika BMI = <19
Anda dikira normal (BMI normal) jika BMI = 19 - 25
Anda dikira berlebihan berat badan (overweight) jika BMI = 25 - 30
Anda dikira tahap obes (obesiti) jika BMI = >30



Bagaimana sekiranya kurang berat badan?

BMI kurang daripada 18.5 dikategorikan sebagai mengalami kurang berat badan. Individu yang mempunyai BMI ini mungkin sihat dan mungkin juga berpenyakit. Namun sekiranya jisim semakin berkurangan secara berterusan, dikuatiri mengalami kekurangan zat makanan.

Anda perlu faham bahawa kekurangan berat badan dan kekurangan zat makanan adalah berbeza walaupun kekurangan nutrisi adalah berkait rapat dengan punca kekurangan berat badan. Kekurangan zat atau nutrisi selalunya mengambil kadar kalori yang rendah, sekaligus menghadkan penyerapan nutrisi penting seperti asid amino dan mikronutrien yang lain seperti vitamin dan mineral. Ini menyebabkan kekuatan imun badan untuk melawan penyakit menjadi rendah.

Kekurangan berat badan boleh berpunca daripada kurang pengambilan makanan. Terdapat sebilangan wanita yang mengaku makan banyak namun sebenarnya makan kurang daripada jumlah yang diperlukan. Akibat daripada tabiat ini, mereka mengalami kekurangan tenaga dan kalori yang diperlukan badan.

Selain itu, terdapat beberapa masalah penyakit yang mendorong berlakunya kekurangan berat badan. diantaranya ialah:
  • Anorexia nervosa
  • Bulimia nervosa
  • Kanser
  • Tuberculosis
  • Hyperthyroidism
  • Type 1 Diabetes
  • Depressive disorder (kemurungan)
  • Penyalahgunaan dadah
  • Inflammatory Bowel Disease (penyakit radang usus)
  • Masalah penghadaman
  • Kegiatan sukan yang keterlaluan (endurance sports)
  • HIV/AIDS

Faktor genetik memainkan peranan penting dalam menentukan berat badan. Hal ini kerana, terdapat genetik yang mempunyai kadar metabolisme tinggi. Yang mana badan tidak boleh menyimpan kalori sebagai lemak, tetapi ia akan disimpan untuk dibakar menjadi tenaga.

Risiko Sekiranya Terlalu Kurus

Terdapat beberapa risiko yang boleh berlaku kepada individu yang terlalu kurus. diantaranya ialah:

1. Patah tulang

Lemak sebenarnya berfungsi sebagai bahan bakar di dalam pembentukan hormon estrogen wanita. Selain daripada berfungsi sebagai hormon penting seks wanita, ia juga membantu menjaga kesihatan tulang. Sekiranya lemak di dalam badan kurang, maka hormon estrogen juga akan menjadi sedikit. Seterusnya, akan menyebabkan tulang menjadi rapuh dan patah.

2. Gangguan jantung dan Arthritis

Perempuan yang terlalu kurus 2 kali lebih mudah terkena serangan jantung seawal usia 40an. Kekurangan lemak di bahagian sendi boleh menyebabkan radang sendi berlaku. Seterusnya boleh memberi risiko atheroschlerosis atau penyumbatan pembuluh darah ke jantung.

3. Keguguran

Perempuan yang terlalu kurus berisiko untuk mengalami keguguran ketika trimester 1. Di samping itu, terlalu kurus juga mempunyai risiko yang lebih teruk untuk mengalami mual-mual ketika hamil (morning sickness).

4. Kemurungan

Terlalu kurus dan terlalu gemuk boleh menyebabkan pengeluaran hormon serotonin iaitu "hormon bahagia". Oleh itu, masalah kemurungan mudah melanda golongan ini.

5. Sakit paru-paru

Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, bronkitis dan penumonia lebih mudah menyerang wanita yang mempunyai kurang berat badan. Terlalu kurus boleh menyebabkan wanita kekurangan adipokin, iaitu sejenis sel yang dikeluarkan oleh lemak untuk membantu daya tahan badan.

6. Kualiti sperma menurun

BMI yang tidak seimbang boleh menyebabkan hormon lelaki tidak stabil. Antara kesannya ialah jumlah sperma atau kepekatannya berkurang. Seterunya boleh menyebabkan telur tidak matang dan sukar untuk disenyawakan.

Cara Cepat Tambah Berat Badan

Selain daripada kekurangan berat badan berpunca daripada masalah penyakit yang dialami, terdapat cara cepat tambah berat badan untuk golongan yang tidak mempunyai masalah kesihatan lain.
Diantaranya ialah:

1. Ambil lebih kalori dari jumlah biasa

Pengambilan jumlah kalori sebelum ini tidak mencukupi. Ia hanya cukup untuk aktiviti harian anda dan tidak cukup untuk di simpan menjadi tenaga lebihan untuk membina lemak dan otot.

Oleh itu, anda perlu menambah jumlah kalori di dalam menu anda setiap hari. Anda boleh mengambil makanan yang lebih tinggi kandungan protein seperti daging, ikan, produk tenusu, kekacang, soya dan macam-macam lagi. Boleh juga diambil daripada suplemen protein terbaik.


2. Pilih makanan tinggi kandungan tenaga tetapi bukan makanan segera.

Makanan tinggi kandungan tenaga boleh membantu untuk naikkan berat badan. Diantaranya ialah:
  • Buah-buahan kering seperti kurma, kismis, prun, aprikot dan buah tin.
  • Produk tenusu seperti susu segar, keju, yogurt dan sebagainya.
  • Bijirin seperti oat, beras perang, biskut bijirin, roti whole grain dan sebagainya.
  • Kekacang seperti badam, walnut, almond, kacang gajus dan sebagainya.
  • Ubi seperti ubi kentang, keledek, keladi dan sebagainya.
  • Minyak dan lemak seperti minyak zaitun, minyak avokado dan minyak ikan omega-3.

Makanan segera seperti junk food tidak sesuai untuk diambil kerana ia tidak cukup kalori dan mengandungi pengawet makanan.

3. Makan sedikit dan kerap serta jangan skip waktu makan.

Proses menambah berat badan tidak sama seperti proses menurunkan berat badan. Jangan sesekali hadkan pengambilan karbohidrat, protein dan lemak. Tetapi ia perlu berpadanan dengan jumlah kalori harian yang perlu diambil.

Seeloknya ia diambil sedikit di dalam kuantiti sedikit dan kerap. Anda digalakkan untuk makan 6 kali sehari tanpa tinggal 1 waktu makan.

4. Amalkan senaman sihat.

Apabila mengambil kalori tinggi, anda digalakkan untuk mengamalkan senaman 3 kali seminggu. Hal ini kerana, penambahan berat badan sihat adalah menukarkan tenaga kepada otot. Bukan kepada lemak semata-mata.

5. Makan mengikut panduan piramid makanan. 

Makan mengikut panduan piramid makanan boleh membantu untuk dapatkan pinggan sihat. Dalam proses menaikkan berat badan, anda tidak digalakkan untuk mengambil gula, lemak dan minyak di dalam makanan. Sebaliknya tumpukan kepada pengambilan kalori, protein dan karbohidrat sihat.

Jangan melakukan kesilapan ketika menaikkan berat badan. Amalkan konsep suku suku separuh yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah lebih baik.


6. Amalkan pengambilan vitamin dan suplemen tambahan.

Pengambilan vitamin dan suplemen tambahan adalah salah satu cara yang amat membantu untuk menaikkan berat badan dengan cepat dan berkesan. Ia boleh membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan badan. Namun masalah kekurangan selera makan selalunya membantutkan proses untuk menaikkan berat badan.

Terdapat pelbagai jenis vitamin yang dijual di pasaran untuk membantu menaikkan berat badan. Namun dalam proses menaikkan berat badan secara sihat, anda perlu berhati-hati memilih suplemen yang terdapat di pasaran. Hal ini kerana, terdapat pelbagai jenis vitamin organik dan sintetik yang boleh memudaratkan anda pada masa hadapan.

Vitamin Shaklee Untuk Tambah Berat Badan

Produk Shaklee adalah produk semulajadi, selamat dan berkesan. Produk Shaklee telah melalui lebih daripada 200 kajian klinikal demi memastikan ia terjamin selamat untuk jangkamasa panjang.

Anda boleh mencuba Set Tambah Berat Badan Shaklee sebagai cara cepat tambah berat badan. Set ini terdiri daripada 3 vitamin penting yang diperlukan badan. Di samping pemakanan sihat dan senaman ringan, ia boleh membantu anda untuk menaikkan berat badan.

B-Complex


Membekalkan kesemua 8 jenis vitamin B-complex yang sangat penting untuk tubuh badan. Mengawal kadar metabolisme tubuh, mengurangkan rasa letih, stress dan membina sel-sel baru dan DNA.
  • Vitamin B1 (Thiamine) membantu menambah selera makan.
  • Vitamin B3 (Niacin) membantu tumbesaran dan perkembangan yang normal.
  • Vitamin B1, B2 dan B6 membantu metabolism protein, lemak dan karbohidrat.

Vita-Lea Iron Formula


Mengandungi 23 jenis multivitamin dan multimineral terbaik dari Shaklee. Masalah kurang berat badan biasanya dikaitkan dengan kekurangan nutrisi. Pengambilan Vita-Lea akan membantu memberi makanan kepada sel-sel tubuh agar dapat berfungsi dengan sempurna dan membantu stimulasi metabolism tubuh.
  • Memberi tenaga kepada tubuh.
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Menguatkan kuku, rambut dan mencantikkan kulit.

Meal Shakes


Mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat penting untuk tubuh. Juga kaya dengan protein yang akan membantu membina sel-sel dalam badan dan membina otot untuk mendapat bentuk badan yang cantik. Meal Shakes minuman segera yang sedap dan ia sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak kerana ia boleh menambah selera makan.
  • Agen detoksifikasi - membantu mudah lawas dan mengelak sembelit.
  • Agen antioksidan - vitamin A, C, E, Zink dan Selenium.
  • Sumber tenaga segera. 

TESTIMONI





JAMINAN KAMI
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
✓ Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
✓ Semulajadi
✓ Berkesan

MEMBELI DENGAN SAYA
Saya Normala Tarmizi pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan consultasi percuma kepada para pelangan saya.

PENGHANTARAN
Penghantaran melalui pos akan diuruskan oleh pihak Shaklee sama ada menggunakan perkhidmatan GDex, City-Link atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank.


Untuk mendapatkan produk Shaklee, anda mempunyai beberapa cara:
  • belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit.
  • belian di cawangan Shaklee terdekat dengan menggunakan (ID: 1243479)
  • hubungi saya di talian WhatsApp 012-2280104 (Normala Tarmizi) untuk sebarang pertanyaan dan order.
 www.wasap.my/60122280104

Untuk pembelian vitamin secara online, sila klik esell di sini

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=a9ef76a10fed49e9a67089ca65c62e4f


Pengedar Shaklee Anda
Normala Binti Mat Tarmizi (Mala)
Shaklee ID: 1243479
WhatsApp: 012-2280104
FB Page: Vitaminstory
Personal FB: Normala Tarmizi
Instagram: malamasya

 TERIMA KASIH

2 ulasan:

  1. bagus ni boleh cadangkan dekat kawan2

    Penawar Sopak

    BalasPadam
  2. Saya kategori normal tapi bercadang nak turunkan berat 50 kg sahaja.Masalahnya saya suka makan ha ha.

    BalasPadam