Khamis

Merawat Kencing Kotor dan Cara Pencegahannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kencing kotor adalah salah satu simptom kepada masalah pundi kencing. Masalah pundi kencing lebih kerap menyerang kaum wanita. Jangkitan ini biasanya berlaku kepada wanita yang berusia di antara 20 hingga 50 tahun.

Jangkitan saluran kencing (UTI) adalah keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)


Bakteria ini boleh menyebabkan:
  • Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistisis.
  • Jangkitan yang lebih serius adalah di bahagian atas salur kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang di panggil pielonefritis.
  • Keradangan uretra dan uretritis.
 

Kaum wanita lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.

Tanda dan Gejala Kencing Kotor
  • Kerap ke tandas - terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
  • Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  • Air kencing mengandungi darah, berkabut dan berbau busuk.
  • Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  • Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  • Demam dan seram sejuk.
Komplikasi - sekiranya jangkitan ini tidak di rawat di peringkat awal, ia boleh menyebabkan penyakit pielonefritis, iaitu apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.

Penyebab Berlakunya Kencing Kotor
  • Tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Ini akan mengalakkan bakteria dari dubur atau faraj memasuki uretra.
  • Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyebabkan terjadi jangkitan kuman, kerana kawasan kemaluan wanita di sentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.
  • Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.
  • Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.

Tips Jika Terkena Kencing Kotor

Pengambilan Antibiotik
Dapatkan nasihat anggota kesihatan jika anda mengesyaki dijangkiti UTI. 
Ambil ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan sehingga 2-3 hari, berjumpa doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan itu.

Minum banyak air
Minum lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.
Elakkan dari mengambil alkohol, kafein atau makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.

Menggunakan baking soda
Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.

Air Barli
Dengan minum air barli dikatakan dapat membantu menangani masalah kencing kotor. 

Air Kelapa
Minum air kelapa juga membantu mengelakkan jangkitan pada saluran kencing terutama di kalangan ibu mengandung.

Langkah Pencegahan
  • Minum lebih banyak air, sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.
  • Kepada mereka yang mudah mendapat UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus yang dapat menjadikan persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.
  • Buang air kecil jika terasa hendak berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing akan mengalakkan pembiakan bakteria.
  • Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
  • Elakkan dari melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI seperti berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.
  • Memakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.
  • Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.
  • Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
  • Mandi dengan air pancuran, bukan dari dalam kolam mandi.
  • Tukar tuala wanita dengan lebih kerap.

Cara Merawat Kencing Kotor Dengan Shaklee

Alfalfa Complex

Berfungsi sebagai anti kulat. Dipercayai sebagai tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan buah pinggang.

Garlic Complex

Berfungsi sebagai antibiotik semulajadi. Menghalang jangkitan kulat, kuman, bakteria, virus dan yis.

Sustained Release Vita-C Plus

Mengasidkan urin. Menjadikan pundi kencing selamat dari bakteria membiak dan mengukuhkan sistem imun badan.

Testimoni


 

Untuk mendapatkan produk Shaklee, anda mempunyai beberapa cara:
  • belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit.
  • belian di cawangan Shaklee terdekat dengan menggunakan (ID: 1243479)
  • hubungi saya di talian WhatsApp 012-2280104 (Normala Tarmizi) untuk sebarang pertanyaan dan order.
www.wasap.my/60122280104

Untuk pembelian vitamin secara online, sila klik esell di sini

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=14566ca9c6b42437c45ac3d1a9e25447

Pengedar Shaklee Anda
Normala Binti Mat Tarmizi (Mala)
Shaklee ID: 1243479
WhatsApp: 012-2280104
FB Page: Vitaminstory
Personal FB: Normala Tarmizi
Instagram: malamasya

 TERIMA KASIH

2 ulasan: